Makan Tengah Hari di Telaga Air

Walaupun kelas dah bermula, saya tetap jugak nak cari hari untuk bercuti. Kesian #theIMANs tak ke mana-mana pulak cuti sekolah ni. Hari Rabu dan Jumaat saya pun tak ada kelas so saya ajak sekali Encik Suami ambik cuti rehat. Apapun family first. Sesibuk mana pun sekarang kami laki bini mesti akan cari masa untuk tebus quality time bersama #theIMANs.

Hari Rabu dah start cuti. Plan asal nak sarapan pagi di luar. Alih-alih semua lambat bangun. Lepas Subuh pegi tido balik begitulah. Bila dah siap-siap nak keluar, dah 10.30 pagi. Dah boleh carik lunch dah. So saya bagitau Encik Suami kita ke Telaga Air je. Telaga Air ni perkampungan nelayan so terkenal dengan kedai makan makanan laut yang murah. Memang murah berbanding di Top Spot Bukit Mata. Tapi di sini self service la bukan hidang macam di Top Spot. Kebanyakkan kedai makan di sini tetapkan harga RM10.50 sepinggan, ambil apa saja. Lauk pulak macam-macam, rambang mata nak makan ikan ke udang ke sotong ke obor-obor ke kerang ke ambal ke. Macam-macamlah. Dan masakan di sini lebih kepada masakan kampung atau masakan kita di rumah. Dengan ulam lagi. Memang rasa semua nak makan.

Tapi kami makan hidang. Ibu ni lah yang menghidang. Nak ambik offer RM10.50 sepinggan tak berbaloi pulak sebab #theIMANs ni bukannya reti makan macam-macam. So saya ambik lauk dan serve untuk semua sekali, makan ikut kuantiti kami je. Lauk pilihan kami pulak:
  • Bawal hitam sweet & sour
  • Ambal kari
  • Sotong masak kicap
  • Cendawan inoki goreng
  • Umai obor-obor
  • Udang goreng tepung
  • Sayur tauge
  • Air: 4 Ice lemon tea dan 1 watermelon juice

Total semua RM 70.50.  Puas hati makan tapi menyesal pulak tak ambik ikan popot masak pindang campur nanas. Dah nak ambik takut pulak membazir ikutkan nafsu. Kalau nak pergi lagi weekend ramai sangat umat makan di sini.

Lepas makan kami jalan-jalan di jeti dan ternampaklah satu iklan best ni. Jeng jeng jeng...


 

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. harga sgt ok tuuu semua pun nampak sedappp terliur i hahahhah

    ReplyDelete
  2. hi kak mim. hehe wow bercuti. saya tak smpat lg bercuti. mmmm tgk lah akhir tahun baru dpt bercuti lm kot.

    ReplyDelete
  3. Kmk org dolok pergi Telaga Air tapi salah masa sebab pergi lekak raya. Nang xda la merasa makan seafood di sitok. Tapi best juak dapat raon2 nait bot.

    ReplyDelete
  4. Pernah juak pergi sitok dolok....alhamdulilah layan juak masa makan kerana kesedapan dan kesegaran makanan yang dihidaingkan

    ReplyDelete
  5. Waaah harganya tak mahal dengan pesanan ikan dan ada udang pula 👍. Nampak sedaaap kak. Saya suka kalo seafood macam ni. Kampung saya pun daerah pesisir laut. Jadi memang seafood murah dan segar.

    Di jakarta cari seafood murah segar, confirm tak ada 😂😂.

    ReplyDelete
  6. First time dengar menu Umai Obor Obor.. Mungkin kat sana aje ada kn menu ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form