Puan, PC boleh screenshot tak?

Hari Selasa jadual saya padat. Pagi free 2 jam, untuk buat pengurusan then lepas tu kelas sampai petang. Ada rehat 1 jam je untuk makan dan solat lepas tu tukar masuk kelas lain pulak.

Bila dah namanya mengajar ni memang kena bercakap banyak. Penat memang penat. Mulut penat, kaki pun penat ke sana ke mari.

Tau tak apa yang buat penat kita tak jadi penat?

Bila student excited dan bersungguh terima apa yang kita ajar. Puasnya semacam. Memang hilang penat.

Kisah yang menghilangkan penat hari ini bila seorang student ni bertanyakan satu soalan cepu emas. Sepanjang 16 tahun mengajar, first time jugaklah dapat soalan berbunyi begini:

"Puan, komputer ni tak boleh screenshot ke Puan?"

Kawan-kawan lain pun tergelak. "Ko ingat handphone ke nak screenshot?", jawab suara dari belakang.

"Eh, boleh la. Siapa cakap tak boleh?", ujar saya menangkis jawapan si rakan di belakang.

"Ye ke Puan?", tanya yang lain pulak. Macam tak percaya je.

"Betullah takkan saya nak tipu. Cuba cari "Print Screen" di keyboard masing-masing. Jumpa tak?", sambung saya lagi.

"Jumpa Puan, lepas tu?", balas si empunya soalan tadi.

Selepas saya terangkan, semua "ooohh". Panjang je ooooo diorang. 

Nak gelak tapi tak boleh. Senyum dalam hati, boleh.

Walaupun soalan macam, alaaa itu pun tak tau ke? Tapi ini telah menjadi satu ilmu baharu buat mereka. Soalan yang bagi saya sebenarnya sangat bagus. Tak semua orang tau, tapi tak ramai yang berani bertanya, sampaikan ada yang tergelak pun ada sebab ingatkan benda ni tak logik.

Tapi, sebenarnya memang boleh je.

Bersemangat diorang hari ni belajar buat Google Form dan menjana kod QR. Saya pun gembira melayan karenah mereka yang terlebih excited. Sampai ada yang share link Google Form yang mereka dah buat dengan group family dan kawan-kawan.

Nak senyum, dah boleh. Sebab saya happy. Puas, walaupun kering tekak petang ni. Selalu bawak botol air siap-siap tapi hari ni tak bawak. Nak pergi ambil tapi diorang ni banyak tanya pulak. Nak keluar dari lab pun saya jadi keberatan. 

Begitulah bila kita berkongsi ilmu dengan orang lain. Bila orang dapat memanfaatkan apa yang telah kita kongsikan, puas hatinya bukan kepalang. Alhamdulillah di atas nikmatnya.

 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bagus dia tak malu bertanya dan at least kawan2 yg gelakkan tu pun sama dpt ilmu

    ReplyDelete
  2. memang boleh jerrr i guna button shift dan icon windows tu utk ss

    ReplyDelete
  3. bagus la dia bertanya. segan tanya sesat jalan.kan?

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang bermanfaat...dari pada gak paham baiknya bertanya ya kak😁

    ReplyDelete
  5. Setuju kak 👍. Ilmu apapun itu, tak ada yg sepele. Semuanya pasti berguna, walo mungkin banyak yg pikir tak mungkin, tapi ternyata saat mereka tahu bisa, semua pun jadi kagum kan 😄. Memang puas rasanya kalo ilmu yg kita ajar bisa diterima baik oleh students

    ReplyDelete
  6. Terbaik, dpt juga berkongsi ilmu yg berguna..

    ReplyDelete
  7. Benar ya, sometimes benda yang kita rasa common knowledge / common sense tapi bagi orang lain ya ialah ilmu yg baru. Keep sharing knowledge kitak Kakmim 👍🏻

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang disebabkan takut kena gelak oleh orang sekeliling membuatkan kita malu untuk bertanya walhal kita was-was tentang sesebuah perkara.. Tapi bagus la bertanya camtu, daripada kita tak tahu, jadi tau..

    ReplyDelete
  10. Benarlah semakin kita belajar ..semakain kita tahu yang kita ini tidak tahu

    ReplyDelete
  11. bagus nya nanyak ya..kita pun dolok da besar panjang baruk belajar cincot dekat keyboar komputer or laptop kannn

    ReplyDelete
  12. betul tu.. malu bertanya sampai sudah pun x tau kan.. bagus yg bertanya tu...

    ReplyDelete
  13. Macam tu la bagus kan..x malu bertanya...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form