TBT: Happy Anniversary Mak & Bapak

2 November.. hari anniversary Mak & Bapak. Tahun 2023 bermakna 43 tahun dah mereka melayari bahtera dengan ups & downs yang disaksikan 6 anak-anaknya. Tapi kan dalam ramai-ramai kami adik-beradik ni, si bongsulah yang tak merasa sangat kesusahan yang kakak-kakak dia pernah rasa masa kami kecik-kecik dulu. 

Beza saya dengan si bongsu, 18 tahun! Bayangkan masa tu saya matrix di Serdang. Tahun 1999 Air Asia tak wujud lagi. Masa tu memang bergantung dengan MAS je nak fly. Tiket MAS dulu pun bukannya murah. So balik masa cuti semester yang panjang je. Bila cuti panjang nak balik Kuching, mak cakap nanti belilah baju baby. Baby girl. Untuk siapa, tanya saya. Untuk adiklah, jawab mak. Hahaha! Bayangkan ye mak rahsiakan pregnancy adik bongsu daripada saya yang jauh masa tu. Zaman tu nak call pun guna public phone, nak whatsapp pun tak wujud lagi. Adik-adik lain semuanya masih bersekolah. Memang waktu cuti je lah dapat berjumpa famili tercinta. Ah, kenangan betul. Sampai semua member 1 dorm masa matrix tau yang saya dapat adik baharu. Lucu pun ada jugak. Hihihi.

Throwback November 2018. Makan-makan sempena anniversary mak dan bapak serta celebrate birthday Iman Madihah (30 Oktober). Cucu-cucu semua kecil lagi. Anak dan cucu tema putih & pink. Yang dirai tema hitam. Hihihi.

Cucu-cucu, dari kiri ke kanan: Imran, Azzalea, Iman, Irfan, Aydin, Amirul dan Idlan. Time ni semua masih kecil, tak dapat nak kontrol berlari sana sini. Sekarang semua boleh behave dah. Tambah-tambah lagi kalau dah dapat handphone.


5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. happy anniv to ur parents! best nya u masih ada both of them...i dh tak ada ayah sejak 14 tahun lalu :( syukur Allah masih meminjamkan seorang ibu,,my mom is now 81 y.o. anyway, psl siblings tu, gap myself and my kakak ie 12 tahun which is jauh jugak kan...tp ur sibling lagi jauh la gap tu.rare sgt tu!! ur mom bersalin umur berapa yer yg bongsu tu? my adik bongsu, masa tu my mom dh 42 y.o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq MZ.. 81 thn tu alhamdulillah masih direzekikan usia yg pnjg.. ms lahir adik bongsu my mom 40 yo 😅

      Delete
  2. Sama macam adik bongsu saya jugak. Yang lain semua kena usaha sendiri, sampai kat si bongsu mak ayah belanjakan kereta lagi. Tapi saya tetaplah sayangkan adik bongsu tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik bongsu yg x kenal erti susah... hahaha... dah rezeki dia kan sbb ibu ayah kita dah makin stabil kewangannya berbanding zaman kita

      Delete
  3. Jauuuuh yaa jaraknya kak 😄👍. Saya jadi ingat mama saya, dia anak bungsu dari 12 saudara. Jarak usia mama dengan kakaknya yg pertama itu 20 THN. Jadi banyak sepupu saya yg usianya tak jauh dengan mama 😅.

    Happy anniversary utk orangtua Kaka. Sebentar lagi masuk ke pernikahan emas. ❤️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form