Udang Masak Diraja Vs Didik Udang

Budak-budak rumah ni bukan peminat udang ya. Diorang hanya makan udang dalam laksa Sarawak je. Kalau lauk udang masak kari ke, masak lemak ke, masak sos ke memang tak laku. Saya pun pelik. Diorang sanggup makan kuahnya saja. Mungkin faktor saya sendiri jugaklah kot sebab saya pun bukan peminat tegar udang makanya terturun jugak ke anak-anak. Ayahnya jangan ikut lah, semua pun makan tapi bila dah tinggal sebumbung kena juga ikut selera Puan Isteri. Hihihi.

Tapi bila dah teringin saya makan jugak udang ni, especially udang masak lemak dan kari. Memang favourite, kuahnya la. Ada kuah dah cukup, udang seekor pun jadilah. 

Tapi sekarang boleh tersuka pulak cara masakan yang pernah viral dulu di FB, iaitu udang masak diraja. Sedap! Yang penting simple je cara nak membuatnya.


Udang Masak Diraja


Bahan-bahannya:

  • 1/2 kg udang segar
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Bahan kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Cara penyediaannya:

  1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serai ketuk.
  4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
  6. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa kesegaran udang.

Didik Udang (pindang style)

Masakan rebus macam ni pulak favourite #theIMANs. Tapi lebih ke kuah je lah. Makan udang seekor pun dah kira syukur dah, selebihnya memang banjir dengan kuah je. Diorang cakap masak rebus macam ni, sup udang. Kami di Sarawak panggil masak didik. Ala.. macam masak pindang je. 

Bahan-bahannya bawang merah, bawang putih, cili - ditumbuk malas. Serai diketuk dan asam keping. Perasakan dengan garam dan aji (jika suka). Sedap ni especially kalau udang fresh memang terasa kemanisan isi udang.

Hari malas masak sayur, 2 jenis masakan udang dan telur mata. Jadilah.

 

20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tisya fav sgt la udang....tp bertabah tgu die kopek udang

    ReplyDelete
  2. Didik Udang tu sedaplah. Pernah makan di rumah jiran sebelah. Sedap hirup kuahnya.
    Saya pun makan udang setakat seekor dua saja.

    ReplyDelete
  3. Udang mmg fav kak SA tp akak je la yg bleh mkn kat rumah..PZ dan MP gout..Dania x suka kalau makanan ada effort nak kena makan ni

    ReplyDelete
  4. Didik udang tu menarik juga ya.. teringin pulak nak cuba.

    ReplyDelete
  5. Di rumahpun jarang massk udang sebab emak dan abah pantang udang. Tapi sesekali ada lauk itu.

    ReplyDelete
  6. Saya juga bukan peminat udang namun kalau dihidang saya makan ja...hihihi didik udang tu belum pernah makan...

    ReplyDelete
  7. Bumbunya mudah juga,sayang udang di lemari es barusan habis kemarin....kalo beli udang mau coba resep inilah biar ganti rasa.

    ReplyDelete
  8. sy x suka makan udang sbb allergic...

    ReplyDelete
  9. Anak no. 2 kmk ya hantu udang. Mun nya nanggar udang kedak tok, nya empun sorang jak org lain ambik seekor dua jak 🤣

    ReplyDelete
  10. sedapnya!! my razeen suka sgt mkn udang

    ReplyDelete
  11. perghhh byk nya udang dia.. mmg pebret ni tp kdg takut gak nk makan byk2.kolestrol hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya memang hantu udang 🤣🤣🤣. Di antara semua seafood, udang lah favorit sangaaat. LBH suka ini drpd lobster . Tapi memang tak berani nak makan banyak kak 😂. Nasib baik harga udang mahal, jadi memang tak bisa beli sering 🤣

    Kapan2 saya nak coba kedua resep di atas 👍

    ReplyDelete
  13. Saya memang hantu udang 🤣🤣🤣. Di antara semua seafood, udang lah favorit sangaaat. LBH suka ini drpd lobster . Tapi memang tak berani nak makan banyak kak 😂. Nasib baik harga udang mahal, jadi memang tak bisa beli sering 🤣

    Kapan2 saya nak coba kedua resep di atas 👍

    ReplyDelete
  14. kamek peminat udang juak tapi kenek dah mahal lalu udang ctok. selalu masak sup dgn seray n lia je, sedap ngirup sup nya

    ReplyDelete
  15. saya suka udang masak berkuah macam ni. baru berselera nak makan. kalau goreng gitu rs mcm krg kick pula😁

    ReplyDelete
  16. sedapnya.. sama la.. di rumah MA & Iris je.. kalau masak udang memang kena masak something lain utk Ian juga

    ReplyDelete
  17. sempoi gila cara masak udang diraja tu..boleh dicuba.
    ammi masa pregnant mmg kategori tak suka (kalau masih berkulit) sbb ammi time pregnant nak makan yg mudah je. ayam yg xde tulang, sotong, udang yg dah dikopek. nak bukak mulut mengunyah pun ikutkan malas.

    ReplyDelete
  18. udang mau dimasak apapun pasti enak :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form