Ujian Sakit

Kisah minggu lepas. Hari Selasa, Alan balik sekolah badan panas. Tapi malamnya tetap ke Kumon seperti biasa cuma dia nampak sendu. Balik Kumon badan makin panas. Sah dia demam. 

Saya pulak dimulai dengan simptom sakit dan gatal tekak. Encik Suami cirit-birit. Pergi Klinik Dr Asri pada hari Rabu dapatlah MC untuk 3 orang anak-beranak. Ubat pun seplastik doktor beri.

Ubat untuk 3 beranak.

Alan dapat MC 2 hari, Ibu dan Ayah dapat MC sehari.

Sampai je di rumah, kedua-dua Ayah Ibu demam kesejukan. Alan yang demam pun dah tak terpedulikan sebab kami pun dah kong. Alahai memang teruklah demam kali ni.

Khamis masih lagi demam, Ayah yang cirit-birit semakin ok tapi masih demam. Pandai-pandai Iman sediakan breakfast dan bekalan mereka 3 beradik ke sekolah. Alan Masih MC. Ibu dan Ayah cuti rehat.

Hari Jumaat saya mula batuk.. Terus hilang suara! Apu! Selera makan memang zero. Plain water pun tak boleh minum sebab pahit yakmat. Saya hanya mampu minum air manis untuk mengisi bendalir dalam badan dan makan buah.

Sabtu masih batuk cuma suara dah makin ok. Adik (Mak Aydin)  balik dari Miri terus hantarkan air lemon + madu untuk batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah, nyaman rasa tekak. Perut pulak lapar tapi tak dapat nak telan makanan. Sedihnya.

Ahad masih dengan kondisi air liur pahit tak dapat telan makanan tapi perut lapar giler. Saya try order laksa Sarawak dengan Food Panda, dengan harapan dapatlah telan laksa Sarawak sebab kuahnya kuat rasa rempah dapatlah melawan rasa pahit air liur. Alhamdulillah, kuah laksa Sarawak dapat telan. Dapatlah makan laksa. Barulah masuk sedikit makanan dalam perut.

Begitulah minggu lepas kami, orang bercuti kami pula diuji kesihatan. Memang tak ke mana-mana pun. Isnin tetap ke ofis walaupun #theIMANs cuti sekolah. Isnin Iman pulak demam. Allahu! Bersambung-sambung.

Dan hari ni Rabu, hari ke-8 masih lagi batuk kong kong kong. Kenapalah batuk post Covid ni sakit bebenor dan lambat baik??? Hmmm...



 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Allahu...semua sakit... semoga semuanya cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. Ammi lepas kena covid tekak jadi super kering. Minum air banyak sampai kembung perut tapi tekak masih rasa kering yg sangat2.

    ReplyDelete
  3. Cepat sembuh ya kak mim. Memang paska COVID tiap kena batuk jadi lebih lama. Saya pun merasa begitu. Makanya hrs betul2 jaga memang, dan balik rutin minum multi vitamin lagi. Ditambah pula udara tak bagus kan. Cuaca pun hujan panas bergantian. Badan memang dihajar betul 😔

    Semoga Kaka sekeluarga cepat pulih yaa.

    ReplyDelete
  4. PH pun batuk tak hilang lagi, dekat 2 minggu dah :( Tekak berlendir. Malam² kuat batuknya sampai tak boleh tidur huhu...
    Anyway, syafakumullah Kakmim sekeluarga 🤲

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh Kakmim. Kamek pun sama kinek tok mcm selsema dgn sakit tekak, batuk sikit2. Sepatutnya mok ambik vaksin influenza sbb dah abis tempoh setahun tapi kotan gik selsema tok sik dpt la ambik dolok.

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh
    ank ciknur jga baru baik
    bila diberi ujian sakit insyaAllah, Allah sayang kita sebenarnya

    ReplyDelete
  7. semoga cepat cepat sembuh Mim, aamiin

    ReplyDelete
  8. Semoga semua family cepat sembuh KM dan Allah permudahkan urusan harian kalian.

    ReplyDelete
  9. batuk mmg lambat baik....smoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  10. semoga kembali sihat balit dan bertabahlah hadapi ujian sakit

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form