Throwback Thursday: Di Sebalik Majlis Kahwin Disember 2008

Today is the day!!! 15 tahun yang lepas la. Hehehe.

Mari kita throwback!!!

14/12/2008 hari bersanding. Kami buat di kedua-dua rumah sebelah pengantin lelaki dan perempuan serentak. Bila duduk dekat memang macam tu la style dulu-dulu. Lepas bersanding rumah pengantin perempuan, bergerak ke rumah pengantin lelaki pulak. Tapi sekarang kat Sarawak ni dah ikut style Semenanjung jugak. Akad dan bersanding sebelah pengantin perempuan dulu. Lepas tu the next week ke, next month ke baru buat majlis resepsi sebelah pengantin lelaki.

Acah-acah 'arch' sebelum masuk rumah.
Apo la saya dulu-dulu.
Suka terikut-ikut majlis orang.
Nasib la dapat mak dan bapak pun sporting je.
Janji keluar duit sendiri, tak apo la.

Persiapan doorgift zaman kawen tahun 2008 dulu.


Doorgift untuk tetamu - towel sapu tangan


Hantaran dari pihak perempuan - tema maroon

Bakul-bakul ni masih ada lagi sampai sekarang di rumah


Hantaran dari pihak lelaki - tema gold. Wife cousin yang tolong deco hantaran sebelah lelaki ni dah meninggal dah tahun 2010 yang lalu, asbab kanser. Al-fatihah untuk Kak Esah. Walaupun arwah wife kepada cousin tapi saya lebih rapat dengan arwah berbanding cousin saya sendiri. Masa study kat UPM dulu memang selalu balik weekend rumah diorang, kebetulan diorang masa tu stay di KL sebab cousin sambung belajar di UKM. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Baik sangat arwah ni, layan saya macam adik dia jugak walaupun cuma cousin kepada husband dia je.


BTS orang deco bilik pengantin


Memang angan-angan dari anak dara nak hias bilik pengantin lawa-lawa, alhamdulillah tercapai apa yang diidamkan.


Antara wishlist sebelum kawen, nak pasang built-in cabinet, alhamdulillah tercapai jugak. Ni kira hadiah untuk mak dan bapak jugak la sebab kami memang decide tak lama pun stay rumah mak. Lepas kami pindah rumah sendiri, mak dan bapak yang stay bilik ni semula.


BTS orang pasang pelamin


Pelamin yang dipenuhi hadiah. Yang bestnya masa bukak hadiah kawen kami bukak ramai-ramai depan pelamin. Ada yang dapat benda yang sama, kita terus je lelong pada ahli keluarga yang nak. Hehehe.


Alhamdulillah murah rezeki masa ni dari kawan-kawan dan saudara-mara. Ada yang masih guna lagi sampai sekarang bagi yang bagi alat-alat elektrik elektronik tu. 


Banyak lagi gambar-gambar nak korek, seronok tengok gambar-gambar lama ni. Ada jugak pak mak saudara yang tak ada dah dalam gambar. Al-fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
 

22 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ammi dulu kawin ala kadar je...apa yg termampu je sebab duit bukan ada sangat pun ahakss

    ReplyDelete
  2. bestnya mengimbau kenangan ;) MZ kawin pun simple2 jer, tak de pelamin, cuma posing2 dlm bilik ajer, memang amik set deco2 utk bilik, part bukak hadiah tu pun besh, tp MZ free hair laa sbb waktu mlm, dgn adik beradik MZ jer pun (selain sumai)..hahah so gmbr tak leh letak blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita bukak hadiah dgn adik-beradik semua... best kan time tu

      Delete
  3. mengimbau kenangan sangat kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... nak mengimbau kenangan mmg tgk gambar dan video je

      Delete
  4. Wah! Penuh nostalgia.
    Banyak kenangan manis untuk dikenang. Moga terus berbahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  5. Foto-foto penuh kenangan ya Mbak.
    Sudah bersama selama 15 tahun ya Mbak. Semoga selalu bersama untuk selamanya,

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. alhamdulillah... terima kasih atas doanya

      Delete
  6. happy anniversary kak mim...moga bahgia selalu...Linda plak xd gambar2..harap drpd org je...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih linda.. semoga linda pun berbahagia selamanya dgn en suami.. happy anniversary to both of u too

      Delete
  7. amboiiiii tema bilik kaler merah uuuu
    aummmmmm
    hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu peminat merah... skrg dh x minat dah lebih kpd pastel pulak... hihihi

      Delete
  8. Kita pun cadar bilik pengantin ya sama, satin gold hehe. Kmk igt dolok beli di SOGO KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk beli di jakel jalan tar.. haha.. time ya zaman selalu travelling so abis kursus startlah kayo² bercarik brg kawen ... kedong tiket ofis bayar embak brg byk pun x apa... mmg max pun luggage tiket opis... hehehe

      Delete
  9. Aisssh kakak masih simpan keranjang2 nya? 👍🏿 Saya ntah dah kemana 😅. Tapi beberapa kado kawin terutama peralatan dapur dan bed cover masih ada sampai skr .

    Berarti baru saja merayakan anniversary ni kak 🎉🎉. Semoga langgeng selalu pernikahan kakak yaa. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. even cushion tu pun masih ada termasuk set cadarnya.. haha

      Delete
  10. Zaman dulu memberi hadiah di majlis perkahwinan adalah satu perkara yang mesti. Teringat akak sulung kawen dulu.. malam tu ada sesi buka hadiah.. zaman sekarang orang dtg bawa angpaw tak pun tgn kosong jer hahahah

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun perkahwinan.. lama dh.. nina tak ada rezeki nk bt kenduri ke hias bilik ke sbb kawin zaman PKP. huhu. bila tgk balik gambar2 lama mesti sedih sbb ada yg dh meninggal

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form