Richiamo Coffee LongHouse Jalan Abell

Ini kisah kami anak-beranak semasa cuti hari Krismas yang lalu. Er.. ke mana kita ni??? Bahh.. kita ke 1 lokasi baharu di bandaraya Kuching. 

Richiamo Coffee (RC) Longhouse yang terletak di Jalan Abell!

Kalau RC di Metrocity setiap minggu pasti akan lalu sebab on the way nak ke Kumon Centre. Bila nampak je RC baru bukak, apalagi terus tak sabar nak try. Memang dasar... tak tau lah dasar apa. Hahaha.

RC yang baru bukak ni di area Padungan, RC Longhouse Jalan Abell, memang di sebelah Longhouse Hotel. Lepas ni sesiapa yang stay di Longhouse Hotel tak perlulah nak ke mana-mana lagi untuk cari makan, RC ada kat lot sebelah je.

RC Longhouse ni lagi besar dan luas daripada RC Metrocity. Konsep-konsep lain masih ada persamaan cuma yang membezakan mereka ialah keluasan cafe dan menunya. Menu di sini lebih banyak!! Macam menu di Semenanjung jugak. I like!!! Tapi masa kami ke sini ada yang dah sold out pulak. Frust betul.

Sementara Ayah ke toilet, hihihi. Selfie itu wajib.

Surprisingly kek di sini banyak pilihan. Meriah, rambang mata nak pilih rasa semua je nak makan.

Ini memang rare tapi saya bukan jenis yang suka mengambil risiko. Anak-anak apatah lagi, makan yang biasa diorang makan je.

Encik Suami pencinta Americano tapi kali ni Encik Suami order caffe latte. Kat sini boleh print muka sendiri atas coffee tapi Encik Suami terlupa pulak, saya pun lupa.

Nak print atas coffee RM5 gais, masa opening promotion hari tu je RM2. RC Metrocity tak ada servis ni.

Anak-anak nak order menu biasa. Daging salai MLCA dan asam pedas ikan tenggiri. Lemang dan rendang sold out. Keropok lekor pun sold out. Gulai tempoyak saya tak reti makan.

Lain-lain ada menu western. Apalagi pasta la.

Salted egg croissant is a must bila ke RC dan order lasagna jugak kali ni.

Nahhh.. melting.

Macam biasa makan kat RC memang mesti lebih 100 walaupun dah dapat 15% off beli kek dan muffin. Sekali-sekala beli jiwa anak-anak, janji mereka happy.



 

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kalau Cuya ada lah orang yang suka mencuba makanan baru.. hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. now i know.. cuya org yg sukakan cabaran.. hehe

      Delete
  2. Kalau pergi ke Richiamo mmg wajib amik Salted Egg Croissant tu :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. nk pergi tak pergi pergi lagi..

    ReplyDelete
  4. jalan2 kucing makan2 kucing., nyum2

    ReplyDelete
  5. macam best Salted Egg Croissant tu. nanti nak try la. kat Lipis ni pernah order chicken chop rasanya sos dia memang tak sedap langsung. terus rasa potong selera nak makan. dah la sampai lambat order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. kalau x sedap mmg boleh potong selera terus kan? tp salted egg croissant tu mmg wajib try

      Delete
  6. saya pernah makan buttercake cempedak sedap tp cheesecake cempedak ni belum rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x boleh... durian pun x... mkn buah durian je... sama jugak cempedak.. hehe

      Delete
  7. certain outlet richiamo bole print gmbr kt kopi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la br tau.. kat RC yg sy selalu pegi x ada.. yg baru ni ada pulak

      Delete
  8. dlm uia ada richiamo ni tapi lom tergerak hati nak lepak2 situ heheheh may be one day..tunggu zharfan cuti lah kot

    ReplyDelete
  9. Comelnya gambar ikan kecil nan seekor atas nasi tu!

    ReplyDelete
  10. Kat sini, tak boleh print muka atas coffee. Selected outlet only. Bestnya, dia punya pastries pun macam banyak pilihan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form