Tuk Tuk Thai Boat Noodle Takde Sijil Halal

Kecoh di FB timeline saya hujung minggu ni pasal kedai-kedai yang takde sijil halal. Triggernya ialah sorang daripada friend di FB saya pm Tuk Tuk ni, bertanyakan pasal sijil halal. Inilah jawapannya gais. 

 

Allahu!! Berapa banyak dah ayam goreng thai yang masuk ke dalam perut kami anak-beranak. Ya Allah, Ya Allah. Bila diberitahu kepada #theIMANs yang kita dah tak makan di TukTuk lagi, mereka ingatkan Tuk Tuk haram! Panjang lebar jugak saya dan Encik SUami beri penjelasan kepada mereka bertiga. Bukannya haram, tapi tak ada sijil halal. Halal haram ni bukan arak dan babi saja, kebersihan, ayam disembelih ke tak, cara masak, semua tu akan diambil kira. Kalau memang orang Islam yang owner kedai, kita yakinlah halal. Kalaulah yang beragama Islam pun tak ambil kisah bab halal ni, dia yang dah jatuh berdosa, bukan kita. Tapi sekarang ni, kita yang perlu mencari yang halal. Mencari yang halal itu fardhu! Nasib si kakak, faham dan boleh explain lagi dekat adik-adik.

No Pork, No Lard

Isu No Pork, No Lard ini pun menjadi debat di timeline saya selepas isu Tuk Tuk. Bila tengok kedai tu mention No Pork, No Lard orang kita pun confident, bolehla tu makan. Tengok pun ramai je yang bertudung makan. No No! Ada seorang non muslim share berkenaan isu No Pork, No Lard ni, seperti di bawah.


Non muslim pun beri warning. Tapi orang Islam sendiri yang terlalu memandang ringan isu No Pork, No Lard ni. Ya betul, saya pun baru tau dari kawan non Muslim saya di ofis, penganut Kristian mazhab Seven Day Advent ni mereka memang haram makan babi, even kopi pun mereka tak boleh minum! Biar betul, saya pun macam tak percaya. Tapi kawan saya berkali-kali cakap memang betul. Mereka jugak tak boleh keluar rumah selepas 8 malam. Kalau nak keluar kena balik sebelum 8 malam. Sungguh, saya baru tau. Sebab selalunya berkawan dengan yang bermazhab RC atau SIB je, yang 7th Day ni memang takde dalam circle saya. 


Konsep Halalan Tayyiban

Makanan yang memenuhi konsep halalan tayyiban tidak hanya dilihat kepada makanan secara fizikal serta sumber yang bebas daripada perkara yang diharamkan oleh Allah sahaja tetapi meliputi seluruh rantaian makanan bermula daripada proses penghasilan sehingga makanan tersebut disuapkan ke mulut. Kemanfaatan daripada sudut fizikal dan spiritual terhadap individu perlu diambilkira dalam pemilihan sesuatu makanan bagi memenuhi konsep halalan tayyiban.


Bila dah tau ni memang kita kena elakkan, kalau tak tau tu nak buat macam mana kan? Makin bertambah pulak senarai restoran dan kedai yang nak kena boikot sekarang. Bukan apa, apa yang kita makan ni akan menjadi darah daging. 


يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."





7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. sekarang ni kalau nak makan mana-mana restoran memang kena search kaw2 dulu halal atau tak kan,risau....kita ni asal nampak ramai orang melayu bertudung&ramai pekerja melayu terus beli..

    ReplyDelete
  2. Good info 👍
    Bab halal haram ni tak boleh diambil mudahkan, akan jadi darah daging. Boleh sampai tahap ibadah tak diterima, nauzubillah. Sbb tu kena hati² kan

    ReplyDelete
  3. byk jer kedai2 yg tak de status halal tp rakyat msia tak kisah pun..cthnya johnny tu....majority customer melayu muslim..saya dh lama avoid mkn kat johny sbb memang kedai tu tak de intention nak apply status halal jakim

    ReplyDelete
  4. Asal viral je cuba... Asal viral je cuba....

    ReplyDelete
  5. Halal friendly pun sama... banyak restoran guna modal halal friendly.. nampak simple tapi berat dan perlu dititikberatkan

    ReplyDelete
  6. semoga Allah bantu kite untuk mendapatkan makanan yng halal..

    ReplyDelete
  7. zaman skrg ni banyak kedai takde halal tapi tulis no pork, no lard. Kalau dana mmg tetap takkan pergi kita waswas selagi bukan halal

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form