Staycation di Raia Hotel Kuching

Kisah cuti sekolah yang lalu. Tak ada ke mana-mana pun sebab Abang sibuk latihan chess untuk MSSR nanti. Setiap hari ada latihan, lepas tu ada kem catur pulak. So 1 Jun mak ngah diorang ajak staycation di Raia Hotel. Kat sini yang bestnya sebab ada 2 swimmping pool, 1 outdoor dan 1 lagi indoor. Kalau hujan, boleh lagi la mandi.

Raia Hotel ni terletak di depan Kuching International Airport, agak-agak 30 minit dari rumah saya. So jemaah haji yang nak fly ke Mekah memang akan berkumpul di sini dulu sebelum dibawa naik bas TH ke airport di depan. So takde la crowded airportnya dengan jemaah haji dan keluarga yang menghantar.

Suka vibe kat sini, makan pun sedap. Tapi yang tak bestnya takde family room. 


Bergambar la dulu di lobi. Lobinya pun luas. Banyak set sofa.

Berdepan dengan lobi barulah ada 1 lagi building convention centrenya.

Roomnya standard je la. Tapi lengkap semua iron, sejadah.

Luas jugak la kan?

Kalau nasib baik dapat view menghadap swimming pool kat bawah, best jugak boleh cuci mata. Haha.


Lain-lain standard je sama, mini fridge pun ada.

Indoor swimming pool.

Ni awal pagi sebelum check out. Orang tak turun kolam lagi, diorang dulu konkur kolam, nanti lambat orang dah ramai tak seronok.

Budak ni asik keluar kolam je cari makanan.


Ni outdoor.

Lepas check in terus tukar baju pegi kolam. Hahaha. Bebudak macam tu lah kan? Suka stay hotel sebab nak mandi kolam je. Sebelum check out, berendam lagi. Begitulah. 




 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya baru pertama kali berkunjung di blog ini, semuanya terlihat rapi baik dan konsisten. Pengalaman yang sangat cocok untuk diabadikan.

    ReplyDelete
  2. Cantik hotelnya. Bilik pun nampak luas 👍
    Kami belum pernah menginap di mana² rangkaian Hotel Raia ni. Dekat airport Alor Star pun ada juga...

    ReplyDelete
  3. memang tak byk hotel yg ada family room...biasanya kalau my familly of 5, kena amik 2 bilik connecting rooms laaa..sbb semua pun nak tidur atas katil masing2 kan...anyway, part pool tu, sama ler mcm my razeen, if stay hotel, wajib ler nak mandi pool

    ReplyDelete
  4. Cantik biliknya, Mim. Wpun tak ada FR, bilik luas pun ok, budak² boleh baring bawah bentang comforter.

    ReplyDelete
  5. Baguuuuus, saya sukaaa kamarnya, dan kolam pun ada 2 jenis yaa, indoor dan outdoor. Anak saya tak terlalu suka indoor, Krn airnya cendrung dingin 🤭😄. LBH suka pool outdoor yg air terkena panas matahari

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form