Yahoo Messenger Dalam Kenangan

Ada yang familiar tak dengan gambar ni?

Ya!! It's Yahoo Messenger atau nama glamernya YM.

Tetiba pulak kan naik nama YM ni. Sejak aktif di Threads macam-macam pulak topik perbincangan yang dibincangkan di sana termasuklah topik YM ni. Iya lah, yang pernah guna YM ni dulu mesti dah 40-an ke atas kan? Dah title auntie-auntie gitu. Auntie ye nampak muda sikit berbanding makcik. Hihi.

Rindu jugak bila tengok emoji Yahoo ni. Dulu masa main YM memang banyakkkkkkk sangat emoji. Tapi yang paling legend tu bila BUZZ! Oh mak ai, terkezut eden. Ingat lagi tak buji BUZZ di YM tu?

Sekarang emel Yahoo pun dah pupus. Email dan ID YM saya dulu: remember_mira

Remember ya jangan tak? Hahaha. ID korang pulak apa?

Alaaa.. rindunya zaman YM. Tapi begitulah setiap yang bermula pasti akan berakhir. Macam Friendster dan Myspace jugak. Ni 3 serangkai media sosial yang sezaman. Nasib la blogspot ni tak lupus kan. Dulu ada blogdrive.com jugak. Blog pertama saya kat situlah. Tapi itulah dah tak boleh nak retrieve dah.

Semuanya tinggal kenangan.

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ingat jugak dulu masa zmn study mmg sllu guna YM utk communicate.. Ana punya id dulu ciki_ciki08 hehehe

    ReplyDelete
  2. ehh haah friendster & myspace pon best jugak dulu sbb seronok tukar2 template mcm2 benda ada hehe

    ReplyDelete
  3. mana boleh tak pernah tau pasal ni...dari kelabu ke kuning..apa lagi kalau guna background love..siap ada gincu...hahaha

    selamat tinggal..seangkatan friendster dan myspace dan tagged

    ReplyDelete
  4. Aduh, janganlah blogspot pun jadi kenangan jugak. Banyak kisah tersimpan di sini.

    ReplyDelete
  5. oo..ada blogdrive.com....masa mula jd blogger, terus blogspot..

    ReplyDelete
  6. saya masih menggunakan email yahoo tau, sbg email utama (selain email rasmi yg utk keje, yg tu memang email uia)

    ReplyDelete
  7. Mungkinkah blogspot juga bakal jadi kenangan.... aduhai! 1001 kenangan tercatat di situ.

    ReplyDelete
  8. Yahoo memang tinggal jadi kenangan. Harap blogspot tidaklah....

    ReplyDelete
  9. aok eh, rindu zaman YM dolok. Time ya rajin ber YM dgn asben kmk hehe.

    ReplyDelete
  10. Ye la rindu zaman- zaman ym dulu..la ni dah takde kan...tp akak masih guna email yahoo..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah saya lupaaa nama Nick saya 🤣🤣🤣. Tapi memang dulu tak sering chat di ym.

    Email msh ada, tp lupa pula password hahahaha. JD tak pernah pakai lagi.

    ReplyDelete
  12. Salah seorang penguna YM dimasa kegemilangannya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form