Dapat Kunci Rumah SA3 & House Inspection

Finally, setelah 4 tahun menunggu akhirnya dapat jugak kunci rumah kedua kami di SA3. Loan lulus tahun 2020, lepas tu PKP lagi so rumah pun delay. Sepatutnya hand over kunci awal tahun 2024 tapi delay ke bulan ni.

Alhamdulillah, Baiti Al-IMAN

Semua dah tanya bila nak pindah, tepuk kepala maknya. Ingat nak pindah macam tu saja kot, macam masuk hotel gitu. Adoi la, anak-anak.

First of all, sebelum pindah masuk, kena la buat inspection dulu kan? Hujung minggu lepas kami inspect dengan orang dari developer dulu, tak panggil lagi inspector luar.

Insya Allah, rumah di hari tua kami, rumah setingkat. 42 tahun duduk rumah 2 tingkat, tapi malam je stay tingkat atas, tu pun untuk tidur je. 

Sekarang mood nak riki deco rumah dah datang, tapi risau fulusnya. Hihihi. Tapi saya nak konsep minimalis. Kena set dalam kepala, minimalis, minimalis, jangan angkut banyak barang ke Baiti Al-IMAN ni.

Tangki najis pun kena check jugak. Tak duduk lagi dah retak dah. Hmm..

Semoga dipermudah semuanya lepas ni. Tak ada plan lagi bila nak pindah ke sini. Nak raya sini ke raya di rumah IMAN dulu tahun depan? Berat jugak rasa hati nak pindah, banyak kenangan di rumah IMAN. Dari semua #theIMANs kecik lagi dah diorang di sana. Banyak memori tercipta. Jiran-jiran pun semuanya okay. Berbelah bagi pulak rasanya.







 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Rumah setingkat ni saya suka sangat sebab senang tak payah nak naik tangga bila dah berumur lanjut nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. 1 lg.. toilet pun main peranan bila dh tua nnt.. hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah dah siap rumah kitak. Lamak juak kenak tunggu ya, 4 tahun oo. Selamat mendeko rumah baru 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek.. delay setahun sbb pkp 2 ria 2021... nasib bait dpt LAD sbb lmbt hand over

      Delete
  3. alhamdulillah... congrats kak Mim..moga dipermudahkan semua urusan..aamiin
    byk nak kena buat tu...

    ReplyDelete
  4. Kita rumah setingkat, memang senang nak mundar mandir ambil barang ke nak buat apa ke, hihi.

    Tahniahlah #theimans dapat rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. 2 tingkat pun lepaknya bawah je... baik setingkat.. dpt mengeratkan silaturrahim jugak... x perlu teriak2 nk panggil trn bawah... boleh ketuk pintu terjah.. haha

      Delete
  5. tahniah dh dpt kunci rumah baru walaupun delay...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah dapat kunci. Umur makin purba ni memang suka sangat rumah setingkat. Cantik rumah.

    ReplyDelete
  7. Wha! Seronotnya! Geram betul nak isi gambar2 kat dinding kosong tu!

    ReplyDelete
  8. yeay seronoknya dah dapat kunci boleh buat house warming

    ReplyDelete
  9. Aisssh senangnyaaaaa dah dapat kunci 🤗🎉. Semoga dilancarkan rezeki lagi utk mulai Deco rumah ya kak. Saya pun suka konsep minimalis. Bisa tak semak dalam rumah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form