Majlis Apresiasi Murid Cemerlang 2024/2025

Kisah minggu lepas, alhamdulillah untuk rezeki tahun 2024. Imran & Idlan dapat naik pentas untuk ke sekian kalinya lagi dan masya Allah tahun 2024 Idlan hampir membolot semua hadiah untuk kelasnya. Dia dapat ambik 8/9 anugerah subjek terbaik di kelasnya. Semoga tahun 4 nanti di tahap 2 Alan dapat mengekalkan prestasinya. 

Tahun ni, majlis dibuat di luar sekolah, di Dewan Yayasan Sarawak, berhampiran rumah je. Walaupun dekat tapi datang awal jugak sebab Ibu nak cop tempat duduk di depan. Tahun ni tak seperti tahun sebelum ni, kalau tahun sebelum ni Ayah dan Ibu bergilir-gilir hadir, tapi tahun ni Ibu seorang je terpaksa hadir sebab Ayah ada bengkel yang tak dapat dielakkan. Kenapa kena ada penggiliran? Sebab jemputannya seorang saja parents yang hadir, dan majlisnya dibuat asing untuk tahap 1 dan tahap 2. So Ibu terpaksalah hadir 2 hari pada 15 & 16 Januari yang lepas.

Alan dan hadiahnya. Penuh 1 beg 'harta'karun' Alan.

Idlan, tahap 1.

'Harta-karun' Alan.

Awan yang kontrol hensem. Tahniah untuk anak-anak Ibu.

Imran, tahap 2.

Paparan di skrin kiri kanan dewan bila anak-anak mengambil gambar di pentas. Semua ni save dari FB sekolah je, sebab tu gambar clear semacam. 

Rugi pulak kalau tak bergambar di photo booth yang disediakan. Hari pertama dan kedua datang awal then terus ambil gambar, tak kalut di akhir majlis. Hehehe.


Simpan sini link buku program, semoga link masih valid untuk tatapan 10 tahun akan datang.

📌 Buku Program

📌 Senarai Anugerah Kelas Perdana
✅ Anugerah Permata Gemilang - 5 Murid Terbaik Keseluruhan
✅ Anugerah Permata Ilmu - Terbaik Setiap Matapelajaran
✅ Anugerah Permata Unggul - Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
✅ Anugerah Permata Cekal - Kehadiran 100%

Semoga semua #theIMANs mengekalkan prestasi yang cemerlang di tahun 2025 ni, usaha tangga kejayaan! Ayat keramat ni memang tak dapat disangkal dan dinafikan lagi. 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tahniah utk idlan & imran...byk adiah di bawa pulang...smoga trus cemerlang dunia kahirat

    ReplyDelete
  2. Tahniah Idlan dan Imran. Bersusun sijil dan Trofi. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah anak². Fly high!
    Banyak betul hadiah tu, terbaik 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk anak-anak Kakmim. Acik tumpang berbangga. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah2x...
    hebat2 semuanya...semoga terus cemerlang ya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah anak-anak soleh Imran dan Idlan, semoga terus cemerlang di masa hadapan, aamiin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tahniah... semoga terus cemerlang dunia dan akhirat yer anak-anak yg soleh solehah.. ameeennnn

    ReplyDelete
  8. Congrats to both Idlan dan Imran. terbaekkk laaaa

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk anak-anak Mim 👏🏽

    MasyaAllah hebat Idlan…hampir semua subjek dapat anugerah!

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat Idlan & Imran.
    Semoga terus sukses.
    Seronok KM dapat tengok anak naik pentas.
    Berbaloi usaha anak-anak juga kedua ibu bapanya.

    ReplyDelete
  11. Tahniah idlan dan imran. Moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form