Ayam AF Perencah Nasi Goreng Adabi

Semalam balik kerja, lapar. Tak makan tengah hari. Begitulah bila cuti sekolah, tak keluar tengah hari so tak makan. Balik rumah petang terus rushing masak. Teringin nak makan menu berkuah sebab cuaca yang agak dingin sekarang. So udang rebus serailah jawabnya. Simple, mudah, rebus je tak perlu tumis bagai. Tapi ada budak tak makan udang. Hmm.. 

Teringat whole leg chicken dalam freezer, terus keluarkan. Teringat pulak perencah nasi goreng Adabi. Apa lagi, bila ayam dah defrost terus marinade ayam tu dengan perencah nasi goreng. Biar sekejap  sementara nak siang sayur bayam. Kena perhatikan Iman jugak potong sayur, dia sejenis yang suka buang semua batang. Memang betul, sekali memang semua batang bayam dia nak buang.

Lepas tu ayam yang dah dilumur perencah nasi goreng Adabi tu terus masuk dalam air fryer. Biar je 30 minit sesambil mandi dan solat maghrib. 7.30 malam dah boleh dinner! Yeay! Sedapnya ayam tu, semua jeling je ayam Alan, sebab sebenarnya menu ayam tu sampingan je sebab Alan tak makan udang. Alan dapat bahagian paling besar. Tapi saya memang dah siap-siap potong ayam tu supaya semua dapat merasa.

Ayam AF perencah nasi goreng Adabi. Rupa tak hensem tapi rasa premium

Perencah ni memang all time favourite. Kalau goreng nasi guna ni bubuh udang banyak, memang sedap. Buat perapan ayam pun sedap. Brand Adabi ni memang trusted.


Menu malam tadi:
Udang rebus serai
Ayam AF
Sayur bayam tumis udang

 

22 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Aduh sedap belaka!
    Perencah NG Adabi tu mmg #1 kan. Auto sedap nasi goreng jadinya. Yg perap ayam ni PH tak pernah try tp nak cubalah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nnt PH, kalau x konfiden try sikit dlu

      Delete
  2. Oh mcm tu!. Selalu juga buat NG pakai ni. Never try for chicken. Thanks Kakmim for sharing.

    ReplyDelete
  3. Nak try la. Brand Adabi memang favorite, rempah Kari dll semua brand Adabi walaupun banyak brand lain sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... mostly mmg byk guna adabi kat rumah

      Delete
  4. Nampak sedap..Iman sama macam Dania...asal sayur mesti babdaun yang diambil, batang dia buang...lepas tu dia tanyaaa...oooo batang kena amik erk..sayur bukan daun je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... sbb dia x mkn batang so dia pun buang batang, kita makan je.. ahaha

      Delete
  5. untung jugak iman makan sayur bhgian daun.. kalo Abg Long Ana tak mkn lgsung sayur hehehe.. nanti kena try juga ayam AF guna perencah nasi goreng adabi ni, wlu rupa dia tak hensem takpe yg penting rasa dia sedap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak lelaki biasalah ana... hero sy yg lelaki semua x mkn sayur,harap nnt dh sekolah menengah dah reti mkn sayur

      Delete
  6. ada tgk org share guna perencah nasi goreng adabi ni utk bakar ayam...tk pernh try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah salu tgk di fb, itu lah baru ada rasa nak try

      Delete
  7. Alhamdulillah, sedapnya tengok lauk kakmim masak. Sedap kan, ayam perap guna nasi goreng adabi tu. Bakar dalam air fryer nampak lebih menggoda la, hari tu saya bakar dalam oven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk simple je tot.. yg penting semua berselera mkn & semuanya licin.. hehehe

      Delete
  8. boleh buat perapan ayam ek... nti boleh ldy cuba.. byk stok kat rumah ldy ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try guna chic wing nnt lady... pastu masuk AF... sonang

      Delete
  9. Udang rebus serai tu simple tapi sedap, sesuai sangat dengan cuaca dingin. Ayam perencah nasi goreng Adabi tu memang terbukti sedap kan? Memang all time favourite!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah menu orang² tua... kalau dpt udang fresh lg la... sesekali mmg teringin nk mkn lauk rebus mcm ni.. adabi tu mmg xde tandingan... trusted dr dulu lg

      Delete
  10. Saya tadi iseng cari di Tokopedia ada jual tak adabi ini. Ternyata adaaaa 😍😍. Langsung beli. Semoga barang cepat datang. Nak juga buat ayam panggang pakai perencah nasi goreng 😄

    ReplyDelete
  11. Lenkali nak cuba juga lah guna rencah nasi goreng untuk perap ayam.
    Sebelum ni guna rencah mee goreng Adabi untuk perap ayam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form