Tema Hujan

Cuaca di Kuching hujan lebat dengan angin kencang sejak berbuka petang semalam. Pagi ni pun masih hujan. Pagi ni kami 3 beranak gerak dari rumah 5.50 pagi, sebab kalau hujan memang jem tak boleh bincang. Janji dah lepas dari area taman kami ok dah, lepas tu tak jem dah nak ke sekolah. Cuma tu lah bila hujan semua orang nak berhenti di drop zone tu yang nanti queue jadi panjang nak masuk ke sekolah. Tapi pagi ni ok semua dipermudah walaupun driving rasa macam orang buta. Bila hujan quite gelap jugaklah kan jalan, silau pulak tu. Nasib baik selamat sampai di ofis 6.31 am.

Sampai ofis, check email. Eh, dapat dah email balas berkaitan permohonan berkaitan KPI jabatan. Dan jawapannya - telah diluluskan. Syukur alhamdulillah. Setel dah KPI jabatan dan KPI saya jugak di sukuan 1 ni. Lepas ni boleh fokus next lagi. Ada agenda penting lagi menunggu lepas raya nanti. Haa.. chaiyok chaiyok untuk diri sendiri.

Bila hari hujan, theme email ni macam ni lah. Dia pun hujan jugak. Suka pakai theme ni untuk Gmail, cute pulak. Eh, nampak tak hujan tu?

Silalah klik gambar tu untuk pembesaran supaya nampak efek hujan yang turun tu ya. Hihihi.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sudah la masih gelap, hujan lebat pulak tu, ya. Kalau saya pun, kurang nampak drive. Alhamdulillah, selamat sampai.
    Cantik theme hujan. :)

    ReplyDelete
  2. errr mcm2 tema yer...nice lah tema hujan ;)

    ReplyDelete
  3. Wah ada tema hujan, cantik lah. Moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  4. Ada tema hujan ek. Kat Lipis ni hujan jugak setiap hari tak menentu masa. Ada masa pagi, kadang2 petang atau malam.

    ReplyDelete
  5. Eh lucu juga temanya mengikut cuaca di luar yaaa 😄👍👍.

    Jakarta tempat saya yg daerah timur kadang panas, kadang hujan. Tp kalo wilayah selatan, itu memang daerah hujan 😅😄. Kalo tak hujan malah heran 🤣

    ReplyDelete
  6. Sini pun hujan alhamdulillah. Kadang sepanjang hari, kadang petang² aje.. tapi bila panas tu, adoi panas betul cuacanya.

    ReplyDelete
  7. waahh Gmail pun tema hujan ye? hehehe.. tu lah kat Perak pun petang 2-3 harini hujannn jugak

    ReplyDelete
  8. Kalau di Sarawak sana jam berapa mula waktu persekolah dan pejabat? Awal betul KM keluar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form