Pagi Yang Gelap


Alhamdulillah pagi ni cuaca ok, takde hujan. Pagi ni gerak dari rumah macam lagi awal daripada semalam. Bila jalan clear, kereta tak banyak, simpang masuk ke sekolah Abang pun boleh terlepas, terpaksa la Abang drop di tepi jalan depan sekolah. Tapi bagus sekolah Abang ni, ada cikgu yang dah bertugas di gate drop off pelajar tu, selain security guard diorang. Memang setiap hari la cikgu ni terpacak kat gate sekolah, kalau hujan pun ada, berpayung. Saya syak cikgu ni warden sebab awal bebenor dah ada kat sekolah. Lepas drop Abang, baru gerak ke sekolah Kakak pulak. Perjalanan ke sekolah Kakak pun clear, tapi gelapnya ya ampun bila kereta belum banyak. Bila masih awal 2 roundabout utama yang terpaksa lalu sebelum sampai ke sekolah Kakak pun masih clear, itu yang saya suka.

Dari sekolah Kakak saya guna jalan masuk kampung untuk elak queue roundabout utama untuk meneruskan perjalanan ke ofis. Lalu je masjid kampung tu, jemaah masjid baru habis solat Subuh, baru nak peluk cium bagai. Sedangkan saya? Dah turun untuk pergi 'menoreh'. Ala, jelesnya tengok orang yang boleh berjemaah Subuh di masjid. Kalau masjid di area rumah saya lagi lah, kami lalu masjid, kereta masih banyak lagi, belum start berjemaah rasanya. Malah, ada yang baru nak parking masuk masjid.

Beginilah route ke ofis. Lampu jalan tak menyala di lane sebelah ni. Yang lane sebelah menuju ke pusat bandar ok je. Yang ke arah Jalan Bako, gelap gelita, hanya mengharapkan lampu kereta je.

Meraba dalam kegelapan. Tak boleh nak laju, lagipun masih awal kan. Rilek.. rilek.. santai.. santai driving.

6.27 pagi dah check in, masalahnya mata tak nak tidur la pulak, tapi lepak dulu la dalam kereta sambil scroll-scroll henfon.


Dah ada gambar ni, nak report ke tak dalam apps SEB Care ek. Asyik nama saya je yang buat report di apps tu. Nasib laa.

Nak report ke tak eh?

Sah pelapor tegar, memang kuat komplen punya orang. Ahahaha. So far bila buat report, sekejap je diorang respon nak setelkan masalah. Selalunya dalam masa 2 hari memang dah setel masalah. Hak pengguna kan? Biarlah pun kita nak komplen. Hihi.

 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. saya setiap hari kuar umah 6.30 sbb nak antar 2 boys kat sek berbeza wpun both tak jauh mana, tp traffic is very bad selalu jer..if kuar 6.45 memang akan stuck dlm jem yg sgt terukkk

    ReplyDelete
  2. takpe...mudah mudahan pahala mengalir, sebab bantu mudahkan urusan orang lain juga..aamin

    ReplyDelete
  3. sama lah Ana pun kena keluar awal sbb if lambat nti stuck jem & sbgnya hehe.. takpe biarlah report memudahkan urusan org lain dpt pahala hehe

    ReplyDelete
  4. Report jelah sbb gelap sangat tu. Bahaya kalau hanya berharap pada lampu kereta dan motor

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form