Idea Paling Mudah Untuk Update Blog

Blog yang tak ada hala tuju macam blog kakmimdotcom ni senang je nak update. Bubuh je la apa-apa gambar dan mulalah menaip perihal gambar tersebut, ah siap. Janji blog dikemaskini, ada cerita hari-hari. Begitulah blog santai hak milik mak-mak. Senang je nak update, janji rajin je. Modalnya, rajin. Rajin ye tuan-tuan dan puan-puan. Rajin.

Nak diikutkan saya ni time hujung minggu memang agak liat sikit nak bukak blog, sebab saya suka bukak blog guna pc. Pc ye. Bukan henpon atau laptop. Di rumah ada pc tapi biarlah tak on pc, malas nak feeling buat kerja ofis. Guna pc pemandangan luas, sebab tu saya kureng sikit nak blogwalking guna henfon or laptop. Almaklum, mata dah 44 tahun berkhidmat ni.

Tapi, bila dah rajin, ingat tak modalnya rajin tadi? Ada gambar, adalah cerita. Maka adalah entri untuk hari ni. 

Burger homemade
Rutin yang kita buat hari-hari, eh mak-mak buat hari-hari. Masuk dapur dan masak. Encik Suami dah awal bagitau malam tadi hari ni kita breakfst di rumah je, so kenalah fikirkan menu breakfast di pagi Sabtu. Dah siap masak, snap gambar. Tadaa! Dah boleh buat modal update blog. Senang kan bila rajin? Bila malas tak adalah gambar-gambar ni bagai. Siap masak burger, makan dan macam tu je lah. Mungkin itu rutin kalau saya bukan blogger mak-mak.

Cara masak Kentang dan suun
Lunch hari ni tak masak lauk ayam ikan daging. Tapi rebus kentang, potong-potong dadu, tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk dengan minyak sapi. Pecah telur, masukkan suun, gaulkan kentang yang dah potong-potong tadi. Jadilah kentang goreng bersuun ni. Jangan lupa perasakan dengan garam dan ajishio. Siap! Makan panas-panas memang mantap. Tak ada daun sup pun jalan. Jangan komplikated sangat bab masak. Apa yang ada, pandai-pandailah adjust kan?


Ada ke setuju dengan saya? Entri yang paling senang nak publish, entri masak-masak. Tak pun makan-makan. Cumanya rajin ke tak rajin je lah nak mengulas dan menaip.

Ya, saya update guna henfon ni. Nak tunggu on pc di hari cuti memang lambatttt. Bila rajin, semua jadi. Itulah, modalnya rajin.

 

23 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ye tu la tips Cie amalkan nak rajin update blog. Ambil gambar nanti ada la idea nak menulis. Blog takde arah tujuan juga ni main hentam je takde niche. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita cie.. hehehe.. kalau x, xtau nak update apa

      Delete
  2. Betul lah kak, bila rajin semua jadi siap burger pun boleh jadi entry sedap! PC pun terkejut, “ehh hari ni tak jadi ofis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. pokok pangkalnya rajin.. kalau tak rajin, semua x menjadi

      Delete
  3. Serupa dengan wak
    Dah berat betul nak ngadap lt buat entri blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi entri wak panjang² jugak 🤭 salute lah wakk

      Delete
  4. Apa yg kita buat, masak atau makan tu mmg modal paling senanglah kan utk update blog.
    Asalkan jgn berhenti menulis, nak start balik tu payah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau dah pause tu terus blur xtau apa nak update dah

      Delete
  5. Akak ni pulak, modal cerita tu banyak. Tapi kemain malas nak mengarang. Itu yang seminggu berapa kali je update blog 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu x dapat nak tolong kak.. hehehe... semoga dipermudah urusan akak nak mengarang.. hehe

      Delete
  6. Kadang malas ikut mood, kadang rajin macam lately ni, hari2 ada benda nak cerita. Tapi kalau outstation ikut hubby memang susah sikit nak update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep it up kak sementara mood masih rajin tu, kalau rasa byk sgt setting schedule auto publish ikut hari.. hehehe

      Delete
  7. sama lah Ana pun mcm tu juga wlupun belum jadi mak hehehe.. paling best mmg entry menu masak & jalan-jalan hehe.. yg penting kena jadi rajin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana kalau masak mengalahkan mak2... byk jenis terus lauk dia masak.. hehehe

      Delete
  8. Ya benar. Wajib rajin dia punya kuncinya. Kalau tidak, tak jadi apa lah. Ada rajin, ada cerita, ada mood letoplah lagi entry tu. Bila rajin, tahu-tahu dah terpanjang post. Ehhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Fiza selalu komen panjang2 mmg selalu rajin.. terbaiklah fiza ni

      Delete
  9. saya berblog guna lappy! tp kalau utk baca2 dan komen2 ie BW, ada jugak guna hp...dan utk update entry..idea biasanya based on many2 gmbr or apa2 life's story (sbb my blog is my life journal jugak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya rajin on lappy, sy ni malasnya alahai, mmg selalu update guna hp je kalau di rumah

      Delete
  10. Kadang tu lupa nak ambil gambar. Terus takde idea nak tulis apa. Setuju la, apa² pun buat, kena ada rajin.

    ReplyDelete
  11. ada gambar okeyla leh buat karangan berbentuk ulasan, aaasyiap satu entry.
    kadang nak bergambar pun tak rajin, caner tu? saya pun update dan blogwalk guna pc sahaja. puas hati.

    ReplyDelete
  12. Sama la ngan akak..masukkan je dulu gambar..then baru la cari idea...

    ReplyDelete
  13. Hahahahahah, Noted kak. Jadi kuncinya adalah RAJIN yaaaaa 😄👍. Kalo mood kelaut, dah laaah rajin pun ikut menghilang. 🤭

    Eh teringat pula saya menu jepang, namanya Nikujaga. Tp ada tambahan daging dan sayur dia letak . Saya sering buat kalo sedang malas masak. Memang mudah buat . Dah lengkap dengan Karbo, protein dan sayur 🤣.

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan keyword Rajin tu.. kikiki..
    Sha pun suka update guna pc.. Tapi kalau muat naik gambar memang pakai HP dan guna applikasi blogger.. Biasanya muat naik gambar siap-siap, bila buka pc barulah mengarang.. kikikiki..
    Entry masak, makanan memang paling mudahlah nak update.. Laju ja jari jemari mengetik huruf bila ada gambar..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form