Jalan-Jalan di Waterfront

Malam tadi makan-makan di kedai seafood mualaf, I-Cafe yang viral sejak bulan puasa hari tu. Kehadiran penuh kali ni sebab semua ada. Adik yang di Kapit balik, anak buah di asrama pun ada, cuti sekolah kan?

Tapi, yang sadisnya tak ada ambik gambar pulak. Mulanya memang ada cubaan nak snap gambar masa kami di parking, tapi rupanya tak snap pun. Hampa betul. Menu pun hanya snap gambar menu pertama yang sampai je. Lepas tu semua ke laut, terus busy ngap makanan sampai ke balik tak ada gambar.  Mungkin orang ramai sangat malam tadi. Staf sibuk ke sana ke mari hantar order di meja customer. Semuanya famili Melayu, staf kedai sampai terpaksa bukak meja tambahan lagi untuk customer yang walk in.

Ikan masak 3 rasa
Ikan siakap 3 rasa. Dia sampai awal, dialah yang sempat digambar. Lepas tu sadaqallahul azim. Nikmat makan malam tadi sebab makan nasi separuh je, selebihnya ratah je semua menu udang, sotong, sayur-sayur.

Setel makan 9.30 malam, singgah selejap di Waterfront. Berapa kali dah Iman ajak ke sana, pergi jugak tapi takde rezeki parking so lalu je lah. Malam tadi walaupun orang ramai tapi alhamdulillah ada rezeki dapat parking.

#theIMANs dan double AM. Amirul & Aydin ikut kereta kami sebab Ayah dan Ibunya tak join jenjalan di Waterfront.

Yours truly, adik, mak & bapak dan Iman berlatarbelakangkan bangunan DUN Sarawak.



Macam biasa jam 10 malam musical fountain pun on.

Waterfront dan jambatan darul hana
Iman ajak jalan-jalan di Jambatan Darul Hana ke seberang tapi malasnya.

Old court house di kuching
Old Court House, di belakangnya Waterfront Hotel.

Waterfront ni dah happening dah tapi kalau ada river cruise macam di Melaka lagilah happening. River cruise yang sedia ada cuma beroperasi sampai 7 petang je. Kenapa ye agaknya tak nak buat macam di Melaka tu. Kata banyak sangat duit. Ehhh..

 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Betul kadang kalau lapar atau busy berborak, lupa nak snap foto kan. Alaa rindu Kuching. Makan best2. Banyak tempat tak pergi sebab hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau pergi boleh plan jumpa kak.. hehehe

      Delete
  2. Waterfront tu tempat kenangan Taufik selalu lepak waktu Outing dulu...tester kek lapis hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulapol sana ke? Sama macam adik juga

      Delete
    2. En taufik dlu training kt puncak borneo ke??

      Delete
  3. Selalu macam tu kan... Kita tak biasa amik2 gambar nie.. Tak sempat... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua adik ada so rancak la bersembang.. dan bila dgn adik2 auto terus mkn mcm nak berlumba 😂😂

      Delete
  4. Nampak sedap ikan tu. Cantik view waktu malam dengan lampu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah lampu2 di waterfront, bila lama x pergi lampu dh tukar design pn x sedar

      Delete
  5. musim cuti sek ni, kat mana2 pun meriah termasuklah restoran dan tmpt2 mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu.. nk tgk wayang pn kena booking awal kalau cuti sekolah

      Delete
  6. suka kat sini, pernah jenjalan sini satu waktu dahulu. belum kenal kakmim lagi masatu.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah berkumpul ramai² tu memang selalu lupa nak berfoto, excited memasing bila berjumpakan...
    Cantik betul panorama malam dekat waterfront ni

    ReplyDelete
  8. Tgok presentation ikan tu nampak sedap..mesti semua makanan dia sedap ni

    ReplyDelete
  9. Begitulah kalau dah ramai-ramai. Mana sempat je lah kita gambar kan. Muda mak ayah kak Mim. Selain makan-makan, dapat lah spend masa bersama-sama kan. Waterfront ni antara tempat menarik wajib singgah kalau dah sampai Sarawak tu. Eh, kenapa ek tak lanjut sampai malam je cruise tu. Lagi menarik macam di Melaka tu kalau lajak sampai malam. Old Court House cantik bangunannya. Dah macam di oversea pulak.

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa ikan 3 rasa! makan pula dgn seafood yg lain waaahhhh mmg mkn sikit je nasik hehehe

    ReplyDelete
  11. Adakalanya saya pun begitu. Malas nak ambil gambar makanan, padahal blog saya khusus menulis traveling dan kuliner. Kalo dah malas, kemungkinan 2. Saya dah pernah menuliskan tempat itu, atau saya lagi ingin menikmati makanan tanpa diganggu foto 😄🤭

    Kapanlah agaknya saya bisa ke Sarawak yaaa. Masih ada dlm bucket list saya kota ini 😄👍

    ReplyDelete
  12. Tempat hot macam ini memang kena lalu, usha.. Kalau ada parking baru boleh singgah.. Kalau tak lalu sajalah.. Sayang pula dia tak buat sampai malam kan..

    ReplyDelete
  13. Bab ambil gambar ini selalunya macam tu lah.. Sebelum kejadian dah ingat tapi bila kejadian terus lupa.. kikiki..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form