Pengalaman Alan Menyertai Water Rocket Challenge

Semalam hari yang ditunggu-tunggu setelah 4 minggu berlatih menyiapkan water rocket dengan pelancarannya sekali. Sebulan ni memang dah dapat pelepasan skip KAFA untuk memberi fokus latihan STEM ni. Selepas siapkan 4 roket, team mereka juga perlu buat pelancaran roket mereka. Begitulah, Sabtu-Ahad pun turun ke sekolah untuk latihan.

Seminggu sebelum hari pertandingan, partner Alan kena chicken pox pulak. Risau. Cikgu risau sebab takut disqualified sebab tak cukup ahli. Selesai saja Awan selesai dengan bridge challenge, cikgu pembimbing Alan mintak tolong Awan bantu Alan untuk latihan. Nasiblah di saat akhir partner Alan dapat turun berlatih dan turun sama di hari pertandingan.

Alan dan partner dah mula berkampung di IPG untuk karnival STEM Generasi MADANi peringkat PPD Kuching yang berlangsung 27-28 Mei 2025.

27 Mei 2025 - 5.30 pagi dah gerak dari rumah dan 6 pagi dah bergerak ke IPG dari sekolah. 6.45 pagi dah mula taklimat di IPG dan mereka mula buat roket bermula 7.15 pagi. Fuh, memang tak tentu tidur sebelah malamnya. Jam 4 pagi pulak dah kena kejutkan Alan. Awan pun samalah kena gerak awal jugak ke sekolah.

water rocket
Alan dan partnernya , Firash.

Water rocket
Alan dan Firash fokus menyiapkan roket mereka.

Pertandingan roket air ini meliputi DUA KATEGORI iaitu Kategori Sasaran (Target Distance) dan Kategori Payung Terjun (Payload Parachute). Payung terjun hari pertama dan semalam, hari kedua fokus untuk sasaran 60 m dan 70 m.

Dewan Brooke IPG Batu Lintang
Alan bersama guru pembimbing.


Water rocket launching
Berdebarnya menunggu giliran untuk launching roket. Ibu tak turun support di IPG, Ayah je pergi di tengah hari pada hari pertama. Hari pertama takde luck untuk payung terjun mereka terbuka. Diam je Alan masa jemput dia balik petangnya. Takde mood sebab 2 attempt tak berjaya.

Nasib baik di hari kedua, ada attempt yang berjaya dikira jaraknya. Bolehlah mengubati hati mereka berdua yang bermuram durja di hari pertama.

Walaupun tak dapat nombor, pengalaman tu yang sangat berharga. Dapat markah PAJSK itu bonus. Kalaulah disuruh Ibu buat roket guna botol air tu pun Ibu tak reti, yang Alan siap dengan payung terjun dia dah terer buat. Kena beli launcher lah kalau nak teruskan bereksperimen main water rocket ni.

Team water rocket
Group photo semalam. Daripada 45 pasukan yang bertanding tinggal ni je yang tunggu sampai majlis penutupan. Mungkin dah tau tak dapat nombor, guru pengiring dah bawak semua balik awal kot. Alan semalam balik lambat dari hari sebelum sebab cikgu bawak pergi makan dulu sebelum balik ke sekolah. Syoklah Alan, sampai malam tak habis cerita dia pergi makan di Chubbs dengan cikgu-cikgu dan Firash.

Last but not least, video TT dari guru pembimbing water rocket, Cikgu Lo. Sesiapa yang tengok di TT drop komen jugak di TT Cikgu Lo ye.

Okay, Alan Awan dah boleh rehat! Boleh fokus latihan maths pulak.







 

Post a Comment

12 Comments

  1. Takpe tak menang. Pengalaman tu yang mahal. Dapat buat roket tu pun dah hebat. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. congrats Alan! usaha dan effort that counts!

    ReplyDelete
  3. Pengalaman paling berharga. Teruskan minat..!!

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, akan datang ada rezeki lain untuk menang. Yang penting pengalaman tu mahal. Roket tu pun pun bukan mudah nak dibuat. Tahniah pada Alan dan team

    ReplyDelete
  5. Dapat menyertainya pun dah cukup hebat. Pengalaman untuk Alan dan Firash. Dalam kegagalan berjaya juga Alan dan Firash. Bagus mereka tak putus asa. Takpe Alan dan Firash, akan datang usaha lagi. Pengalaman mengajar kita. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Day 1 dah ada simptom give up 😂 nasib la day 2 bangkit semula.. tq auntie fiza

      Delete
  6. takpe Alan pengalaman is the best teacher! next nti dah tahu nak upgred kan. all the best kapten alan! hehe

    ReplyDelete
  7. Lihat videonya, saya rasa nak belajar cara buat rocket ini 🤭. Menarik lah. Ini pun dah baguus sangat buat Alan dan team. Tak menang, tak apa. Yg penting pembelajaran di dapat. ❤️👍

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!