Pengalaman Lalu Adalah Guru Terbaik

Pagi tadi dalam kereta on the way hantar si abang dan si kakak ke sekolah, terdengar perkongsian ustaz di radio RTM - Sarawak.FM, tazkirah pagi yang bertajuk "Pengalaman Lalu Adalah Guru Terbaik". Memang biasa kan kita dengar.  Dalam quote orang putih pun ada juga mengatakan perkara yang sama.


Sembang-sembang kita seharian bersama anak-anak pun selalu kita bercerita,

  • dulu masa Ibu sekolah rendah, bla bla bla...
  • masa Ibu umur 12 tahun, bla bla bla....
  • ada kawan Ibu dulu, bla bla bla...

Nampak tak? Kita selalu menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk diri kita yang boleh kita kongsikan kepada orang lain. Even dengan student pun saya suka jer bercerita pengalaman saya semasa di sekolah menengah dan di U, untuk tatapan budak-budak Gen Z sekarang.

Mungkin satu masa dulu kita pernah gagal. Tapi pernah tak kita terfikir, Allah tak tarik sesuatu dari kita tanpa bersebab. Sebenarnya DIA nak kita muhasabah diri dan mempelajari sesuatu daripada kegagalan kita yang lalu.

Pengalaman lalu juga mengajar kita supaya bersyukur dan redha dengan apa ketentuan kita sekarang. Allah itu Maha Adil, DIA juga Maha Pemberi. Mungkin kita tak dapat sesuatu yang kita nak on the spot, DIA tangguhkan sekejap permintaan kita, tetapi sebenarnya ada penyebabnya. Mungkin di saat kita meminta kita belum cukup bersedia, bila masa yang sesuai DIA pun tunaikan permintaan kita, saat itu rupanya kita telah cukup bersedia untuk menerima apa yang DIA hendak berikan. Manis kan saat itu? Allah Maha Baik kan?

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang, selalulah melihat balik pengalaman lalu tak kira pengalaman kita sendiri ataupun orang lain untuk dijadikan pengajaran kita menghadapi pancaroba kehidupan kita sekarang. Elakkan mengulang kesilapan kita yang lalu, tetapi jadikan pengajaran kesilapan yang lalu untuk menambah baik kehidupan kita di dunia dan akhirat. Wallahu alam.

Terima kasih ustaz atas perkongsian pagi tadi. Saya cuba rumuskan apa yang saya dapat daripada segmen radio pagi tadi. Semoga sampai dalam santai. Insya Allah.

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. pengalaman lalu = universiti kehidupan

    ReplyDelete
  2. betul tu...selagi hidup, selagi itu kita belajar...
    pengalaman lalu banyak mengajar, dan kita nak anak-anak kita @ sesiapa sahaja yang mendengar tidak mengulangi kesilapan yang sama macam kita dha lakukan...

    ReplyDelete
  3. Selalu bersangka baik dengan Allah, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Tapi sesekali terkenang semasa dolu kadang mengembirakan hati walaupun kadang pahit ada manisnya akhirnya.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman mmg guru yg terbaik.. setiap kesalahan kita ambil menjadi pengajaran dan peringatan di masa hadapan..

    ReplyDelete
  5. setuju, pengalaman adalah guru terbaik

    ReplyDelete
  6. Betul, pengalaman lalu sememangnya adalah guru terbaik.

    ReplyDelete
  7. Setuju... Kita byk belajar dari pengalaman. Yg baik jadi teladan yang buruk jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  8. Betul. Kalau boleh, tidak mahu anak-anak buat silap sebagaimana kita pernah buat silap dulu.

    ReplyDelete
  9. rasa sebak dgn entri ini, kita belajar dr pengalaman org tua kita, anak2 belajar dari pengalaman kita. yg baik ikut, yg tidak jadikan tauladan.

    ReplyDelete
  10. so true
    lagi satu..belajar dr kesilapan betul kan?

    ReplyDelete
  11. Memang itu yg selalu diajar kan... Selalu berbaik sangka kepada Allah. Bukan Dia tak bisa mengabulkan keinginan. Tp Dia pun tahu apa yg terbaik buat kita.

    Saya pun banyak belajar dr pengalaman dulu. Yg baik dan buruk. Kdg berbincang dengan anak2, saling cerita... Biar mereka juga bisa mengambil pelajaran dr pengalaman mami nya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form