Entri 101 - Waffle Legend Hopoh

Satu kosong satu, iya 101.
Posting ke 101 untuk tahun 2025.

Waffle legend Wisma Hopoh

Hanya orang Kuching je tau waffle legend ni. Kenapa legend? Dulu di zaman 90-an kiosk di Wisma Hopoh ni je satu-satunya tempat yang ada jual waffle. Kiranya tempat pertama di Kuching yang jual waffle pada zaman tu. Zaman tu harga waffle RM2.50 je, flavour boleh pilih, sama ada nak butter, peanut butter, honey atau susu. Nak pilih semua pun boleh. Itu zaman 90-an ye. Zaman saya sekolah menengah. Sekarang, pilih 3 flavour dah RM5.

Belakang Wisma Hopoh pulak ada perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan state library. Kalau hari Sabtu, kalau pergi library mesti ke Wisma Hopoh. Bukan ada apa pun kat situ, tapi zaman 90-an hingga ke awal 2000, kat situlah tempat remaja seperti kami beli cd. Tak kisahlah cd movie ke, cd installer software ke cd mp3 ke. Haa.. gitu. Legend tak legend. Lepas tu, di Wisma Hopoh jugak lah KFC pertama yang ada di Kuching. Bila KFC dah semakin banyak, orang tetap suka ke KFC Wisma Hopoh sebab sedap, rasanya lebih sedap daripada restoran KFC di branch yang lain. Tak taulah kenapa. Sekarang, KFC Hopoh pun dah berpindah di Majma Mall dah.

Wisma Hopoh, memang legend. Tempat kami mencipta memori zaman remaja dan kanak-kanak kami. Sekarang tak ada tarikan sangat pun di sana tapi setiap kali nak raya, Hopoh pasti akan dikunjungi, pasti tetap meriah seperti dulu-dulu. Pelik tapi benar.

Mungkin ada silent reader asal Sarawak boleh bagi jawapan kenapa Wisma Hopoh ni masih relevan di kalangan orang Kuching. Bah, komen jak, iboh malu.

Wisma Hopoh, sumber dari Google




9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kebetulan masa balik kelantan ari tu, my boys 2x jugaklah beli waffle ni (time singgah R&R gua musang) dan time tunggu caj keta (mkn waffle kat cafe tepi petron selising)

    ReplyDelete
  2. Orang jual waffle ni dari jauh kita boleh tahu... Bau harum dia boleh dikesan dari jauh!

    ReplyDelete
  3. sedapnya waffle, kita suka berinti peanut butter. lagi kalo puasa, baunya harum.

    ReplyDelete
  4. Waffle ni paling best bau dia tu... Menggoda sukma 😁

    ReplyDelete
  5. lama jugak tu bertahan dari tahun 90-an

    ReplyDelete
  6. betul 10 tahun dulu harga waffle 2.50 mcm tu je. berbeza dgn sekarang T__T

    ReplyDelete
  7. kann..dulu berapa jer, sekarang ni ule dah. ada tempat tu lebih lagi

    ReplyDelete
  8. Wangi waffle kdg memang menggoda sangat. Baca komen teman2, nampaknya waffle ini pun wanginya dah tercium dr jauh. Pasti sedaaap. Apalagi bisa bertahan sampai skr

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form