Tukar Kad ATM Yang Expired!

Cuti hari ni, so dapatlah dating bekfes berdua. Plan nak makan ticanai dekat kedai area rumah mak tapi full house! Tak ada seat, kena queue tunggu seat kosong pulak. So kami ke Teh Tarik di Riveredge. Lama jugak dah tak ke situ.

Roti canai sedap di kuching
Plan asal nak makan ticanai, so kenalah order ticanai jugak. Saya order roti kosong, Encik Suami order roti tampal. Not bad roti kat sini rupanya, sedap. Terubat jugak rasa nak makan ticanai kedai yang sedap. 

Mee kampua halal di kuching
Next menu, saya order mee kampua biasa. Yang special tak taulah ada apa cuma dah order ticanai so mee kampua kenalah biasa je. Kalau special mau tak terabis kang, membazir pulak. Ni pun Encik Suami tolong-tolong jugak.

Alhamdulillah, sedap ticanai dan mee kampua pagi ni.

Tujuan utama cuti hari ni sebenarnya nak tukar kad ATM ni. Dah lama expired! Ahahaha. Selalu guna CIMB Click je, tu yang tak perasan rupanya kad dah tak boleh cucuk.

Punyalah semangat nak queue awal ke bank rupanya bank bukak 9.15 pagi. Melangutlah depan bank sesambil update blog. Hihihi.

Updated:
Sokejap je dah setel sebab customer pertama kan? Takde charge sebab tukar kad je. Kalau hilang, kena caj RM20 (bank in CDM) tapi kalau online tranfer RM13. 9.30 pagi dah setel semua.

Kad atm cimb terbaru 2025
Ehem, dah barulah kad ATM bank sotong ni. Hihi.




 

28 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Replies
    1. X perasan, dan x berkesempatan nak ke bank.. hehe

      Delete
  2. cantik kad baharu ni. nanti expire yg ni baru buleh tukar dgn FOC je. sabar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staf ckp td br thn ni tkr design kad, kalau x yg merah tu je

      Delete
  3. kena check jugak kad atm saya ni. dok scan QR je

    ReplyDelete
  4. eeehh cantiklah deisgn CIMB yg baru tu! hehe

    ReplyDelete
  5. Harapnya kad ATM PH masih belum expire. Lama tak mencucuk hihi

    ReplyDelete
  6. Boleh juak renew online mem. Kmk Ari ya malas nak ke bank, renew online jak. 2 minggu sampey ke rumah. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar juak oo? X teringt juak nk bukak website, salu makei click nang xda nk bukak function lain juak 🤭

      Delete
  7. saya pun brekfes ticanai 2 keping pagi tadi....hehe....lambat lg kad nk expired, tak sabo nak dpt kad baru...cantiklah kad baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je ckp hilang kalau nk tkr kad baru 🤭😂

      Delete
  8. cutenya corak kad atm baru tu! MZ zmn2 dulu pernah lah ada akaun bank sotong ni then dh dormant, tak guna dh...now fokus maybank dan muamalat ajer (sbb gaji masuk muamalat), byr2 bills ect i guna maybank+MAE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teerbalik pulak, dlu sy gaji masuk bank muamalat tp ssh sikit nk buat online transaction masa tu so tkr gaji masuk maybank, sonang guna MAE je, kad debit MAE pun lawa.. hihi

      Delete
  9. Cantiknya kad dia. Cie punya exp tahun depan. Kat bank rakyat pun dah exp tak sempat lagi nak ke bank. Tak boleh tukar online. Jarang guna kad. Sejak2 cashless ni boleh QR je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? kalau x QR, wave je, hari tu tkr kad bank rakyat leceh jugak lah isi borang bagai, cimb xde borang, borang simple yg staf dia sendiri tick² je

      Delete
  10. sekejap je prosesnya, part nunggu giliran tu maleh. kita pun baru tukar kad bank rimau, selagi tak tukar disalaknya soh ke kanter masa nak cucuk duit. alang2 buat MAE sekali, sblm ni mmg tak ada online bank in, nowwwwh! sakan i shopping lepas ada MAE tu, klik2 je nyah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg mmg cashless, kalau x wave, QR je sbb tu lah jarang ambik duit, pastu kad expired pun bior je.. haha

      Delete
  11. First time dengar Mee Kampua. Nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee asal bangsa cina jugak tp ni org melayu yg jual

      Delete
  12. Dulu saya buat pertukaran kad atam Maybank dekat mesin je.. Senang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya maybank ada mesin tukar kad kalau dh expired, kat cimb xde

      Delete
  13. aduhhh... lambat pickup... TICANAI 😅😅
    Kalerful kad bank sotong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... nasib bersambung jugak sel ahernya

      Delete
  14. cantik la kad baru cimb, nak tgk la MA nya bila expirednya

    ReplyDelete
  15. Saya pakai kartu CIMB yg virtual card. Tak pegang fisik. Suami yg pakai card fisik 😄. Selalu ya CIMB saya pakai tiap kali ke Malaysia, Krn tinggal tap tap saja.

    Rinduuu makan roti canai sedap 😍😍. Tak sabar lah ini nak ke KL, mau kuliner lagi 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form