Hari Jumaat cuti, Sabtu-Ahad kerja. Minggu ni bermulalah Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2025. So 2 hari ni kami berkampung di taska KEMAS untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru-guru taska KEMAS dan ibu-bapa anak-anak taska. Program kami tahun ni akan belajar membuat aneka kuih. Kuih-kuih yanh dipelajari selama 2 hari ni:
Putri Ayu
Apam Polkadot
Apam Vanilla Coklat
Kuih Jala Kari Ayam
Chicken Wrap
Sandwich Telur
Menu-menu yang dipilih pula bersesuaian dengan menu untuk anak-anak taska. Ada jugak kuih yang boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak taska.
Tapi kan, saya bukan tenaga pengajar ye. Saya penyelaras program je. Secara teorinya saya tau nak buat kuih-kuih ni semua, tapi nak buat sendiri aduhai malasnya, sebab sejenis tak minat nak baking kuih-kuih macam ni. Rugi tak rugi? Hihihi. Tapi bila dah selalu anjurkan kursus dan program macam ni, ada jugak la sangkut peserta yang dapat menjana pendapatan sampingan dan jadi usahawan. So saya order je lah dari peserta-peserta ni. Dalam rezeki kita kan ada rezeki orang lain?
Putri Ayu dan Apam Semangka
Program dibuat di taska, ceria dan kemas latar belakang gambar kan?
Adunan dan filling untuk apam polkadot.
Apam polkadot yang telah dihasilkan peserta.
Semalam, menu roti jala. Seronok peserta semua menjala.
Hasil roti jala dan ada juga roti jala bunga.
Roti jala kari ayam.
Macam biasalah, selesai program dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti, semua peserta akan bawa balik hasil-hasil daripada kursus mereka. Untuk program 2 hari, tiada yuran dikenakan kerana program khas, memang diturunkan peruntukan dari kerajaan. Kalau kursus pendek biasa, selalunya yuran penyertaan yang dikenakan serendah RM5 sehingga RM100.
Korang pernah ke join kursus pendek yang dianjurkan Kolej Komuniti? Kami selain program sepenuh masa (untuk lepasan SPM) kami pun ada kursus pendek di hujung minggu, khas untuk komuniti iaitu kursus pembelajaran sepanjang hayat. Dan kami di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, bukan swasta.
Sekiranya ada agensi kerajaan dan swasta yang hendak berkolaborasi bersama kami untuk kursus pembelajaran sepanjang hayat, adalah sangat-sangat dialukan.
Sekian sedikit info, terima kasih. Hahaha.








10 Comments
Ini dah macam kelas seni ni...
ReplyDeletebagusnya program2 m ni.
ReplyDeletebestnya dpt belajar buat kuih!
ReplyDeleteBest dapat join program mcm ni...
ReplyDeleteNak x nak je.. kalau ikut setiap kwsn parlimen mmg ada kolej komuniti
Deletebagus kolej komuniti nie...kalau sesiapa yang berkelapangan boleh lah cuba...linda nak try amik jahitan, tapi takde yang sabtu ahad...hihihi...kena masuk kursus jangka pendek, kita nie bekerja, susah lah sikit
ReplyDeleteKursus pendek mmg hujung minggu linda.. boleh try tgk takwim kursus pendek di area berhampiran
DeleteCantik cantik pulak hasil kejadiannya. Rasa sayang pulak nak makan
ReplyDeletekalo saya yg buat pertama kali, confirm lah bentuknya acak kadut berantakan hahahaha .. ini cantiiiiik hasilnyaaa.. memang berbakat masak dan baking semua peserta :D
ReplyDeletebestnyaaa kursus face to face mcm ni mmg seronok kalau dpt join & tambah2 kalau dpt sijil lg seronok hehehe
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!