Briskwalk Pagi

Di pagi 1 Muharam saya berjalan dan berlarian anak lagi. Kali ni hanya ditemani Awan seorang. Sekejap kami berjalan, sekejap berlarian anak, jalan lagi, berlari lagi. Begitulah. Kami 2 beranak berjalan di dalam taman perumahan kami saja.

Sedar tak sedar nak dekat 4 km jugak. 

Dari rumah kami target ke taman di taman perumahan sebelah je. Gambar taman tak ada, gambar substation je ada ambik masa on the way nak balik ke rumah.

Adalah terjumpa beberapa orang jogger yang berlarian sama. Kereta ada yang lalu-lalang cuma belum banyak lagi. Cabaran briskwalk di pagi hari macam ni ialah bau-bauang orang sedang memasak breakfast. Ya ampun memang menguji iman.

Kalau dah nampak masjid, tandanya dah nak sampai rumah dah. 

Masjid depan lorong kami ni ialah masjid yang diwakafkan oleh salah seorang penduduk kejiranan di sini. Alhamdulillah, pahalanya berpanjangan sampai bila-bila.

Sampai je rumah terus mencanai. Canai frozen cicah kari daging mak. Ah, sedapnya kari air tangan mak. 

Besok kita berlarian lagi ke tak?

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Keep it up Kakmim 💪🏻
    Tengah siap² gak ni nak keluar brisk walk. Jom!

    ReplyDelete
  2. Lps bakar lemak, bolehlah bf dgn senang hati😍

    ReplyDelete
  3. Briswalk di sekitar perumahan dan disana ada taman pula, wah mengasyikan sekali Mbak. Barangkali dapat bertegur-sapa juga dengan tetangga dan saling mengenal.
    Besok briskwalk lagi ya Mbak...

    Salam.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada geng, boleh jadi kerap berlaku brisk walk ni. hihi..terus maintain KakMim. Mencabar juga ek di pagi hari tengah brisk walk terbau bau masakan. cobaan.

    ReplyDelete
  5. Cie dah lama tak brisk walk. Sejak dah beli walking pad lagi la takde brisk walk. Jalan atas walking pad tu je.

    ReplyDelete
  6. Sedap canai dgn kari tu... Okla not heavy lepas briswalk..

    ReplyDelete
  7. Seronok nya briswalk..kita nie bukan orang nak berpagi pagian...

    ReplyDelete
  8. esok nak start. hari ni puasa.
    tercabar tengok kakMim ni. inspirasi sungguh!

    ReplyDelete
  9. Semoga terus istiqomah KM.
    Bagus lah duduk taman boleh BW area rumah je.
    Akak sebab duduk kampung, itu yang kena BW kat tempat lain.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, seronok dapat briskwalk di kawasan perumahan saja. Tak perlu pergi jauh. Saya, tak boleh briskwalk di kawasan perumahan saya, takut kena kejar dek anjing.

    ReplyDelete
  11. waahh bestnya briskwalk berpagian.. tp tu lah cabaran bau-bauan org masak sarapan ehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form