Sarawak Eco Run 4.0

Alkisah pagi ni ada Scout Eco Run. Awan Alan awal dah register sebab run ni dapat markah PAJSK peringkat negeri. Abang tak sempat register hari tu, macam takde makluman dari Pengakap sekolah abang yang lama dulu. 

Sarawak Eco Run 4.0
Kami gerak dari rumah dalam 6.15 macam tu. Samapai-sampai orang dah ramai yang dapat bip. Kami pulak masih tercari-cari cikgu Pengakap sekolah Awan Alan.

Bergambar dulu, nak ke backdrop utama malas, ramai orang. Ada beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar Petra Jaya yang join run ni.

Akhirnya jumpa jugak cikgu dan kawan-kawan sekolah. Run ni tak wajib, siapa nak je ikut. Yuran pun RM10 je, nak beli baju RM20.

Kami dilepaskan by sekolah. Sementara menunggu dilepaskan sempat la 0.5.

Medal Sarawak Eco Run 2025
Akhirnya, 43 minit jugaklah 3.7 km. Berlarian anak dan berjalan. Banyaknya berjalan ler 🤭 medal biasa je, iyalah yuran pun RM10.

Lepas dapat medal, queue pulak nak minum Milo 🤭😂 Milo lori ni sedap kan?

Semua dapat medal dan sijil. Awan Alan dapat markah PAJSK.

Hari ni dapat masuk story Strava, semalam takde aktiviti 😂

Sebelum balik rumah, singgah dulu di Mom's Laksa. Makan laksa Sarawak dan mee kolok 🤭

Mee Pok Kolok nyaman. Alhamdulillah, kenyang.



 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Lepas buang kalori..tambah kalori lain pula...hihihi

    ReplyDelete
  2. Dapat tambah koleksi medal dan sijil. ;)

    ReplyDelete
  3. tahniah atas penyertaan semua orang yg terlibat.
    kita ni nak stat briswalk entah bilanya, badan rasa tebal betul.

    ReplyDelete
  4. congrats utk semua yg menyertai! terbaekk

    ReplyDelete
  5. Best ni sesekali join. Dah macam kembar Awan dan Alan ni. Cuma beza saiz je. Tahniah semua dapat menghabiskan larian. 0.5 dulu, itu wajib. hihi..
    Lepas panas badan beriadah, pekena mi pok kolok pulak tu. Hirup kuah sup panas-panas. Pergh, segar yakmat.

    ReplyDelete
  6. medal dapat.. pajsk dapat.. sihat pun dapat!
    sedap laaa milo lori... secukup rasa.

    ReplyDelete
  7. Encem boy lah 2 orang ni! Tahniah dapat habiskan larian. Sedapnya tengok mee pok tu!

    ReplyDelete
  8. waaahhhh teringin pula nak mkn mee pok kolok tu nampak sedapnyaaa!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form