Makan di Hainan Story Lagi

Beli Barang Dapur

Hari Jumaat lepas, kami keluar beli stok barang dapur di Golden Dragon, Metrocity. Gerak dari rumah dalam jam 11 pagi macam tu. Setel beli barang-barang dapur yang kering, kaum lelaki ke masjid untuk solat Jumaat. Saya dan Iman ke Matang Mall untuk cuci-cuci mata kononnya. Tapi sebenarnya memang ada target pun nak ke Eco. Tapi masalahnya masuk ke Lea Centre, Popular dan last sekali baru masuk Eco. 

Godaan Seorang Isteri

Baru je nak masuk Eco, henfon dah vibrate dah, kaum lelaki dah setel solat Jumaat laa! Ahaha. Corner la sikit Encik Suami, masuk la dulu sini beli keperluan si abang di Grand Supermart. Nasib baik Encik Suami ok. Masalahnya dah masuk sini bukan barang abang je dapat, barang dia sendiri pun dapat. Ahahaha. Itu la penangan 'godaan' seorang yang bernama isteri. Hihihi. Sampai tak sedar anak-anak kelaparan.

Makan di Hainan Story

Bila dah kelaparan, menu yang paling cepat semestinya nasi ayam. So kami decide me Hainan Story. Sebab sebelum ni kami bertiga je makan di Hainan Story, lagi 3 orang belum lagi. On the way ke sana, hujan lebat ler pulak. 

Kami masuk orang tak berapa ramai. Mungkin sebab hari hujan kot. Senang je nak pilih meja. Kat sini kita kena pilih menu dan isi sheet order sendiri then terus bayar di kaunter.

Menu di hainan story
Encik Suami dah takmo order nasi ayam kuah kari banjir dah, haha. Kami order nasi ayam signature Hainan Story.

Menu di hainan story
Awan nak makan laksa, Alan nak makan mee. So orderkan dia Luncheon Egg Noodle yang pernah saya order hari tu.

Menu di hainan story
Memandangkan hari hujan lebat di luar, kami order jugak toast sebab mesti akan berlamaan-lamaan di situ. Try order classic toast (butter & kaya) dan 1 set lagi Kitkat toast.

Nasi ayam hainan story
Nasi dah sampai!! Memang cepat.

Laksa sarawak hainan story
Laksa Sarawak Awan. Rempah agak kuat, kuah sedap tapi sambal belacan bukan jenis yang homemade yang selalu kita buat tu. So situ ada turn off sikit la. Selalunya sambal belacan ni akan menaikkan rasa rempah dan pedas.

Mee di hainan story
Luncheon mee Alan. Menyesal pulak order 1 menu untuk dia, kita jugak yang kena back up.

Menu lain di hainan story
Oh ya kami try order tofu ni. Sedap! Soft tofu deep fried dan dikuahkan dengan sweet & sour sauce. Sosnya sedap. 

Toast Hainan Story
Toast & hot chinese tea. Sesuai sangat jadi desert di kala hujan lebat di luar.

Ayah nak test kopi Hainan Story ni. So dia order Kopi C. Tapi yang menghabisnya si anak sulung bertuah ni. Ni memang geng Ayah sebab 2-2 peminat kopi.

Nak berlamaan di sini pun tak patut jugak walaupun hujan masih lebat di luar. Keluar dari Hainan Story kami cuci mata di kedai hardware di sebelah pulak.

Nasi Ayam Pilihan Kakmim

Nasi ayam pilihan saya semestinya ala chinese style. Kalau di Kuching nasi ayam yang selalu dalam list saya ialah nasi ayam di:


Korang pun mesti ada nasi ayam favourite kan?

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alamak.... cukup ke ibu makan, sudah kena cukai dek Alan 😅

    ReplyDelete
  2. Mira... sedapnya nasi ayam steam tu!

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa! Dia punya menu macam makanan ala2 kopitiam sikit, ada toast n mee kari.

    Saya kalau nasi ayam suka ambil yg bbq chicken rice ada rasa smoky2 sikit

    ReplyDelete
  4. Kalau Kak SA dah tentu TCRS, ayam mesti yang jenis steam tu...x suka roasted...sedap tengok semua menu family ni makan..lapar perut

    ReplyDelete
  5. Kalini baru lengkap semua ada makan di sini. Teringat pulak kuah banjir tu. hihi...Nasi ayam pilihan yang tepat kalau nak cepat. Tak payah menunggu lama sangat. Laksa Sarawak tak pernah makan lagi. Kena makan dengan sambal belacan rupanya. Tofu tu nampak macam sedap je. Kat sini kalau nak makan nasi ayam kena ke TCRS je baru sedap. Tapi sekarang macam dah kurang sikit kualitinya kecuali hidangan tertentu.

    ReplyDelete
  6. tak pernah mkn sini...ada tanda halal jakim ker?

    ReplyDelete
  7. Soft tofu deep fried tu nampak sedap

    ReplyDelete
  8. Suami saya penggemar nasi ayam Hainan. Tiap kali ke KL atau Penang, pasti dia cari itu. Kebalikan dengan saya 😅😅. Saya tak terlalu suka nasi ayam Hainan, sebab mostly ginger dia kuat. Dan saya tak suka ginger. Tp pernah coba nasi ayam di Singapore, dan saya sukaaaaa. Krn gingernya tak berasa 😄.

    Tapi saya nanti nak coba lah nasi ayam ini. Kalo ginger tak kuat, saya suka 🤭

    ReplyDelete
  9. sedapnya roti bakar tu! eh menunya semua sedap.
    kita penggemar nasi ayam.

    ReplyDelete
  10. waahhhh nampak sedapnyaaa semua menu dia tu!

    ReplyDelete
  11. Semua hidangan nampak sedap. Saya tiada yang feveret nasi ayam. Semua tempat boleh makan. Sayangnya, suami pula yang kurang minat nasi ayam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form