Hainan Story Halal Ke?

Ahaa.. MZ ada komen seperti di bawah, di entri Makan di Hainan Story Lagi.



Hainan Story Halal Ke?

Insya Allah Hainan Story di Metrocity yang tempat kami dine-in ni, dah dapat sijil pengesahan halal dan page rasmi Hainan Story pun ada war-warkan di page rasmi mereka. Itu yang confident tu.


Baru Try Bulan Lepas

Sebelum ni kami lalu je kedai ni, memang setiap minggu akan lalu sebab jalan utama kami hantar #theIMANs ke KUMON Centre. Tapi nak singgah try tak berani sebab tak tau status halal. Tapi bila mereka dah confirmkan status halal mereka, barulah Encik Suami excited tak try makan di sini dan barulah saya tergerak hati ke sini selepas raya haji hari tu.

Hainan Story halal ke?


Mencari Yang Halal Adalah Fardhu

Kepada yang sedang search status halal Hainan Story, jawapannya ya, Hainan Story (Cawangan Metrocity & Kota Samarahan) ada pensijilan halal JAKIM. So memang tak risaulah. Owner kedai kek lapis yang popular kat sini pernah cerita, bila premis ada cop halal JAKIM ni bila-bila masa saja pihak berkaitan boleh 'serbu' premis untuk spotcheck. Memang banyak pantang-larang dan prosedur yang mereka kena patuh. Dengar pun, ye ke, macam tu ke? Tak mudah rupanya, tapi as long as staf follow prosedur memang terjamin bersih dan halalan toyyiban.

 



11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Baguslah macam ni mereka war-warkan. Barulah kita yakin nak datang makan kat sini. Bukan senang nak dapat kelulusan halal tu kalau tak betul-betul ikut syaratnya.

    ReplyDelete
  2. Kalo traveling ke negara2 yg memang mayoritas muslim, saya pun akan cari yg halal. Termasuk ke negara yg bukan muslim tp makanan halal dah banyak, macam Jepang, Korea selatan, new york, di sana dah banyak halal certified.

    Tp beda cerita kalo saya traveling ke negara yg bukan muslim dan tak banyak halal certified. Kalo dah macam tuh, saya akan makan apa yg ada kecuali pork. Macam di Korea Utara, tak ada makanan halal, susah kalo saya tak makan samasekali 😄. Jadi saya makan apa yg ada.

    ReplyDelete
  3. Baguslah dah ada halal certified, lebih yakin nak makan

    ReplyDelete
  4. memudahkan pelanggan, dgn yakin kita nak masuk makan.

    ReplyDelete
  5. Syukur dah ada halal certified...

    ReplyDelete
  6. bila ada certificed tu baru yakin sikit....
    tapi, kan trend entry semua sekarang ada tajuk eh... hahaha..maaf ler, kita nie bantai sukati je...

    ReplyDelete
  7. mmg bagus ada certificate Halal JAKIM sbb prosedurnya tu sgtlah ketat & yg betul2 memenuhi saja akan diiktiraf.. yakin halal bersama Halal JAKIM hehe

    ReplyDelete
  8. Baguslah, restoran ada sijil halal Jakim. Bukan senang nak dapat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah dpt sijil halal.. baru la boleh terjah dgn penuh keyakinan hihii.. 👍🏻😊

    ReplyDelete
  10. Ye, mencari yg halal itu fardhu sbb tu jarang2 makan kat kedai2 viral yg belum pasti lagi ada sijil halal atau tidak. Selalu pesan kat anak2 kalau ada org Islam bertudung dalam kedai yg meragukan belum 100% kena yakin sbb ada yg jenis nampak org bertudung makan onzzz je padahal yg makan tu tak checknpun

    ReplyDelete
  11. Pasti pelanggan akan bertambah bila dah dapat pensijilan halal.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form