Berkursus di INTAN
Setelah hampir 10 tahun tidak berkursus di INTAN secara bersemuka, hari ni saya menjejakkan kaki di INTAN Sarawak di Kota Samarahan. Kalau tak kerana Encik Suami ajak mohon kursus sama, mungkin saya takkan nak menyibukkan diri meredah jem ke Kota Samarahan ni. Kalau orang sini panggil, 'Jemarahan' 😂 Since Encik Suami yang akan drive so saya pun mohon jugak. Kebetulan saya memang nak belajar Power BI ni.
Setelah terkedek-kedek on the road, lepas 1 jam 20 minit kami pun tiba di kampus INTAN.
Lamanya dah tak jejak kaki di sini.
Blok asrama. Orang cakap asrama INTAN ni ala-ala hotel. Iya lah fasiliti untuk penjawat awam berkursus kan, kenalah selesa.
Adoi, KLMJ sungguh. Lama tak masuk makmal komputer ni.
Akhirnya, kali ni memang zero. Memang tak pernah langsung guna Power BI ni.
Makan Tengah Hari di Cafe
Sepanjang berkursus di sini, makan pagi dan makan tengah hari disediakan. Yuran kursus RM30 memang cover untuk makan 2 hari kursus. Kali ni ada 3 kursus berjalan serentak. So di cafe ada 3 stesen makanan. Dah namanya berkursus, nak ambik makanan kenalah bersusun ye tuan-tuan dan puan-puan.
Nasi je cedok sendiri. Lauk-pauk ada staf yang cedokkan. Memang bercatu habis la. Tapi lauknya sedap. Takde gambar lauk sebab dah kebuloq. Haha
Hasil Pembelajaran Hari Pertama
The end of the day-1. Dapatlah siap 2 report guna Power BI. Data disediakan senang la. Cuba lah lepas ni guna data sendiri, harapnya tak give up lah Puan Mira ye.
Alamak, cikgu cakap color theme report tak boleh terlalu contrast. Kita pulak suka yang ceria-ceria macam ni. Boleh la kot guna pastel color. Kalau corporate & formal used tau la kita adjust guna corporate color. First time kan, jakun la sikit. Hihihi.







12 Comments
hebat...mim belajar power BI 👍👍👍💚💚💚
ReplyDeletepatutla warna graf korporat tak fancy, memang kena warna formal rupanya.
ReplyDeleteINTAN tu nama bestie Auni, boleh la sakat dak kadet polis tu nnt, hahaaa!
selamat berkursus
ReplyDeleteSeronok kalau dapat buat..tapi,nak mengisi data tu..menangis ..
ReplyDeleteSekarang INTAN dah ada yuran..yang online pun kena bayar juga...hihihi..padahal makan sendiri,mcm mana nie...kikiki
Seronok bila kursus to gain knowledge mcm ni...
ReplyDeleteBegitu laaaa format nya... Tidak terlalu menonjol
ReplyDeleteHahahahahaha kita samaaaa kaaak 🤣🤣. Saya nih penyuka warna vivid, contrast, macam senaaaang sangat hati kalo melihat warna yg terang benderang 🤣🤣.
ReplyDeleteTp saya paham kalo utk report dan segala yg bersifat formil, memang sebaiknya pakai warna pastel. Mungkin supaya tak terdistraksi yaa.
Kemarin saya baca juga, cara terlihat mahal di manapun. Pakai baju yg warna2 pastel atau warna earth tone.
Saya pulaaa mana suka warna2 begitu 😂😂. Tp hrs dicoba kalo nak terlihat mahal 😄
Seronoklah dapat berkursus sama. Senang seiring dan sejalan. Dapat juga tambah ilmunya. Best juga tu dapat fasiliti yang semacam hotel. Keselesaan tu penting. Murah juga yuran yang dikenakan. Dapat makan sedap juga. Nak tak nak, kenalah ikut format yang ditetapkan walaupun warna contra lagi menarik dan ceria.
ReplyDeleteSelamat mengikuti kursus, Mbak.
ReplyDeleteSemoga bertambah ilmu dan pengetahuannya...
Salam,
selamat berkursus!
ReplyDeleteAttend kursus ni kadang-kadang rasa macam keluar dari zon selesa, tapi best jugak bila dapat ilmu baru. Tambah lagi kalau kursus tu santai dan ada jamuan sedap, memang tak terasa masa berlalu ..Dapat jumpa orang baru, tukar-tukar pengalaman
ReplyDeleteSibuk kakmim kita kan..apapun dapat timba ilmu baru dan jumpa kawan-kawan yang bidang yang sama ,pasti happy...
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!