Rezeki Monday Blues

Salam Monday Blues

Pagi tadi bangun jer rasa malas betul. Alarm bunyi jam 4 tapi malas lagi. Dah jam 5 baru terpaksa bangkit dari katil. Selalunya hari Isnin semangat je bangun, siapkan breakfas dan bekal. Tak taulah tetiba rindu zaman PKP dulu, tak payah kocoh-kocoh bersiap nak pergi kerja.


Rezeki Terserempak Kereta Ex

Setiap pagi balik dari hantar si abang dan kakak, saya akan guna jalan kampung dan masuk kawasan perumahan untuk meneruskan destinasi ke ofis saya pulak. At least masuk jalan kampung dan prumahan ni takdelah queue kereta panjang sangat. Lagipun boleh la tengok view rumah orang kiri kanan di pagi hari, tenang je. Simpang main road nak ke area ofis saya pulak memang berdepan je dengan rumah member dan juga ex-colleague saya lama dulu. Seberangnya pulak sekolah menengah lama si abang. Pagi ni, nasib saya agak baik, ada rezeki terserempak dengan kereta Nad semasa dia nak keluar dari rumah. Nad ni lah bff saya zaman kerja insuran takaful dulu. Ke hulu ke hilir kami bersama open booth. Malamnya pulak kami buat blog, download lagu Indon. Itulah kerja kami dulu-dulu sebelum kami berpisah mengikut haluan kerjaya masing-masing.

 

Ala... rindu pulak dengan Puan Nad yang soft-spoken ni. Padanlah dengan tugas dia sebagai kaunselor. Dulu Nad ni pernah viral sebab dia pernah diuji kehilangan anaknya selepas major operation di IJN. Sesungguhnya Nad ni memang mama yang kuat walaupun sosok tubuhnya yang kecil molek dan suara yang lembut je bercakap. Jauh beza betul dengan saya ni. Hahaha. Sayangnya kami tak banyak bergambar masa bekerja di Takaful Malaysia dulu. Ye lah zaman tu bukan zaman henfon berkamera macam ni. Ada pun digital camera, tapi CD yang saya dah burn gambar dari digicam dulu pun dah tak tau letak mana dah.


Sedondon Berbaju Biru

Lama tak selfie, seminggu tak selfie. Naik sekilo dah. Hahaha. Rutin pagi Isnin kami di opfis naik atas penimbang. Malasnya, naik sekilo lagi minggu ni. Memang seminggu 2 ni selera makan macam tak dapat nak kawal, main makan je. Weekend yang lepas pulak tak sempat pulak nak briskwalk. Harapnya minggu ni takde malas-malas lagi.


Ada ke yang sedondon biru dengan saya di hari Isnin ni? Hari ni dah 3 orang member di ofis sedondon, berbaju navy blue kami berempat.  Bak kata salah sorang daripada mereka, Monday blues kot. Hihihi.



Post a Comment

15 Comments

  1. kita pepel hari ni.
    kakMim, usah dihirau sgt berat tu, just jalankan normal routine ja, sebab kan makin difikir makin craving mcm2 makanan, hehe...

    ReplyDelete
  2. Cantik warna bajunya kak, cocok.. Eh kok bisa samaan ya warna bajunya 😀

    ReplyDelete
  3. huhuhu...layan air masak banyak banyak kak...in shaa Allah hilang craving ke huhuhu

    ReplyDelete
  4. happy monday ....kita cokolat hari ni hhehheh

    ReplyDelete
  5. cantiknya kakmim in blue! ehehehe... ana in grey harini ehehehe

    ReplyDelete
  6. Memilih jalan yang tak sesak tu adalah jalan terbaik. Pag-pagi nak tenang je. Agaknya letih, tu yang tak terbangun awal tu. Sempat lagi ek snap gambar. Hihi...
    Harini tak berbaju kurung pulak KakMim. Maintain cun! Betul-betul ikut tema Monday Blues bluenya tu.

    ReplyDelete
  7. Rupanya berjumpa sahabat belajar..risau baca kehilangan anak..huuu semangat, mujurlah jumpa kan..

    ReplyDelete
  8. Cie pun biru hari ni. Baju biru muda, skirt blue black, tudung blue black bunga2. Hihi

    ReplyDelete
  9. Ternyata monday blues nya terusir dengan baju berwarna biru ya Mbak...
    Selamat beraktivitas Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  10. Tengah komen ni, baru perasan baju tidur ni warna biru hehe.

    ReplyDelete
  11. Warna biru tuh memang menenangkan, ubah mood jadi baik sikiit 😄.

    Sayangnya cuma terserampak ya kak, kalo tak best juga bisa ngobrol lama lagi 😄. Pasti banyak yg bisa dibincangkan

    ReplyDelete
  12. hari tu saya ada pakai bj biru (last week lah) tp tak de cermin la nak selfie

    ReplyDelete
  13. Selfie depan cermin ni lain macam feel dia ...boleh posing puas-puas tanpa segan silu 😆 Kadang gaya macam model catwalk, kadang candid konon-konon tak ready padahal dah snap 20 kali

    ReplyDelete
  14. Itu sebab kalau Monday akak pakai tudung yang agak terang dan meriah untuk dipadankan dengan uniform ofis yg sememangnya kaler biru.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!