Kisah Lama
Iya.. cerita lama. Scroll FB pagi ni keluar gambar 8 tahun lepas ni, masa tahun 2017. Mengimbau memori semasa memegang portfolio pengambilan pelajar. Masa pegang portfolio ni beberapa kali jugaklah saya on air untuk urusan rasmi. Masuk konti RTM sudah, swasta sudah, online radio pun pernah. Alhamdulillah atas peluang dan pengalaman. Bila lagi nak merasa sejuknya konti tu.
Kalau Saya Seorang Deejay
Kekadang bila dengar radio, macam best jer dengar deejay berceloteh. Bila dapat masuk konti, oh macam ni rupanya environment kerja seorang deejay. Bukannya bercakap je, tapi kena jugak lah tau handle sistem, audio processor, amplifier, radio/mixer control, headphone dan mic tu semua. Belum lagi cerita dan tugas di belakang tabir. Nak buat VO, buat skrip, iklan, teaser. Menarik sebenarnya.
Bila dah kerja on air, kerjanya bercakap, walaupun orang tak nampak muka kita, tapi intonasi kita tu orang boleh imagine. Kalaulah kita badmood hari tu kan, macam manalah nak pretend tak bad mood bila sedang on air. Isk, saya memang tak boleh lah. Saya ni kalau dah badmood memang diam senyap je lah. Macam mana nak jadi deejay macam ni? Nehi nehi, duduk belakang tabir boleh la kot.
Ex-Student Saya Seorang Annoucer Radio
Actually di Cats FM ni ada la seorang bekas pelajar saya di situ. Bangga jugaklah kan? Lama dah dia kerja di Cats. Dulunya deejay, sekarang banyak buat belakang tabir je, kekadang je dia ada on air. Teringat dulu masa dia study, masa tu saya ajar pasal perisian untuk edit video, so adalah tugasan untuk diorang. Dan masa tu dia memang perform habis! Exactly macam deejay di radio tugasan yang dia hantar. Kalaulah saya masih simpan CD yang dia hantar masa tu, mesti KLMJ habis. Saya ingat lagi saya hadiahkan coklat je untuk dia. Pernah sembang throwback dengan dia, dia ingat jugak pasal coklat ni! Hahaha. Iya lah sekadar coklat je pun budak ingat kan? Tapi, memang nampaklah minat dia dari zaman belajar lagi. Sekarang ni dia tengah sambung degree, PJJ katanya part time hujung minggu. Alhamdulillah, better late than never. All the best ya Nezz!!
Sekadar Mengimbau Kenangan
Tertengok gambar lama je di FB, jadi panjang pulak ceritanya. Teringat pulak zaman mengajar batch awal-awal dulu. Budak dulu dengan sekarang lain macam peelnya. Ex student dulu lagi bonding dengan kita, sampai dah beranak-pinak pun masih jugak keep in touch. Er, ada ke ex-student madam baca blog ni eh?

11 Comments
seru banget bisa on air, aku dulu cuma pas mau ikut giveaway hehe
ReplyDeletemenarik kerja di sebalik tabir seorang djay radio ni hehe
ReplyDeletePengalaman yg menarik ni. Walaupun jadi deejay ni tak nampak muka tapi kena ada personaliti yg ceria jugak tu baru intonasi suara seronok didengar. Kalau saya ni memang taklaaa bercakap on air spontan camni 🤣
ReplyDeleteWah!! Pengalaman manis tu.. Bukan semua orang berpeluang..
ReplyDeleteKakMim, nak sign. hihi...Seronok dapat pengalaman yang menarik. Datang konti dapatlah tengok macamana mereka bekerja. Bukan sekadar bercakap je. Siapa yang tak bangga kalau seorang student kita berjaya. Alhamdulillah...
ReplyDeleteMenarik tu pengalaman KM.
ReplyDeleteDah level² DJ🥰
sama lah macam, anak dulu lain dengan anak sekarang...hihihi...
ReplyDeleteKak SA dulu lebih cenderung dalam bidang nyanyian dan pengacaraan...nak jadi penyanyi kena tipu..sudahnya kerja as a PR, terus jadi bidang terjun..setiap kali ada event jadi pengacara...seronok giler, orang ramai kenal...
ReplyDeletebestnya ada pengalaman gini!
ReplyDeleteMenariiik pernah merasakan bicara depan penyiar radio 😍😍. Zaman sekolah pastinya saya sukaaa dengar radio kak. Duluuu ya, tiap dengar suara penyiar, saya selalu membayangkan mereka nih cantik dan handsome, sebab suaranya baguuus kan... Macam hanyut kita dengar 😄.
ReplyDeleteSempat mengikuti penyiar yg masih baru, masih kaku kalau bicara. Tp lama lama suara dia jadi santai, dan enak didengar macam penyiar lama. Proses lah kan..
Kalo skr dah lama tak dengar radio. Padahal di JKT ada banyak yg bagus.. tp saya kurang suka sebab iklannya pun banyaaak 🤣🤣. Lebih suka dengar Spotify jadinya
Jadi DJ radio ni memang pengalaman yang penuh warna-warni! Setiap kali tekan butang "ON AIR", terus rasa macam dunia lain
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!