Sabtu lepas hari terakhir gotong-royong Madani bagi sekolah-sekolah di bawah KPM. Udah ler last day, lapporan dah nak kena hantar ke PPD, cabarannya hujan pulak tu. Sampai je di sekolah, jumpa GB saya tanya ler GB, "macam mana nak gotong-royong ni GB, hujan tak berenti ni." "Itulah, terpaksa guna plan B la jawabnya", balas GB. Begitulah. Alhamdulillah, semuanya dipermudah.
Hujan tak berhenti pada pagi Sabtu tu. Pagi ni pun hujan. Banner di dataran, tempat perhimpunan.
Close up sikit, terselit juga gambar Awan dan Alan. Semua wakil sekolah untuk setengah tahun ni ada terpampang di banner kata Awan. Bagus jugak, motivasi untuk murid-murid.
Selepas jamuan, kami pun dibahagikan dalam kumpulan mengikut tugas masing-masing. Saya dan Encik Suami team lobi. Makanya kami mengemas lobi je, tak perlulah main hujan.
Gambar diambil di FB sekolah, bersama sebahagian team lobi. Yang kelakarnya, ada cikgu tanya, "kitak guru KAFA kah?". Eh eh. Hihihi. "Taklah cikgu, kamek parent bla bla." Teruslah bersembang pasal si Alan. Hihihi.
Seronok juga dengar cikgu-cikgu lain bersembang, kita yang minoriti ni banyak dengar je lah. Semoga dipermudah urusan semua cikgu Awan dan Alan. Menurut ucapan GB hari tu, bulan 11 nanti mereka akan emnerima kunjungan daripada rombongan dari Indonesia. Sekolah diorang ni hampir setiap bulan memang ada pelawat, suka benar sekolah dari negeri-negeri lain benchmark sekolah ni.
Lama tak selfie kan? Ada yang sama tema saya ke hari ni?





23 Comments
Sana juga di sekolah Firdaus, ada aktiviti Gotong Royong Madani. Ladang kami buat dua minggu lepas.
ReplyDeleteBulan 7-8 ni mmg bulan go-ro.. hahaha... geng² cikgu pun bz je go-ro di sekolah masing² weekend
Deletehebat sek awan alan macam tu...tiap2 bulan ada pelawat...
ReplyDeleteselesai juga gotong royong nya walaupun dalam hujan
Penat jugak diorang terima pelawat... kalau permohonan kurang dr sebulan diorg x terima kata GB dlm ucapannya hari tu
DeleteWah mesti sekolahnya femes sampaikan sekolah dari Indonesia pun datang berkunjung. Seronok ni gotong royong dapat jumpa ramai orang
ReplyDeleteDato Awie yg penyanyi tu pun pernah ke sekolah tu.. hihihi
DeleteBagus la giya, parents ada semangat gotong-royong. Sekolah anak2 kmk mun tunggah gotong-royong boleh dikira dgn jari jak parents nok sudi datang 😅
ReplyDeletehari hujan lebat ria x juak rami parent tp ada lah
DeleteBila sekolah cantik, sekolah bagus dalam semua aspek mesti ada yang melawat kan... esok kat pejabat kami pun ada buat gotong royong jugak sempena merdeka ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah... bagus jugak gotong-royong ni, ibarat kita bawak budaya nenek moyang kita dulu kan, bonding pun ada
Deletekat daerah mana sk semerah padi ni ye? jika setiap bulan ada pelawat datang, tentu ada sesuatu yg istimewa sekolah tu..
ReplyDeletedi kuching, sarawak ni... xtau jugak, mungkin faktor pengurusan sekolah jugak kot, GB byk kabel sbb ex pegawai PPD
DeleteBaguslah mak ayah Alan & Awan ni. Rajin join program sekolah walaupun kadang hari minggu tu la nak berehat, kan.
ReplyDeleteKadang ngelat jugak kak, hihi... sbb cikgu kenal kalau x dtg, segan pulak
DeleteBaru baca blog PH ada gotong royong madani ni. Rupanya setiap sekolah ada ya
ReplyDeleteSemua sekolah under KPM kena buat gotong-royong, mmg ada peruntukan diberi ke sekolah
DeleteSama la sekolah Angah pun buat Sabtu lepas. Memang acara wajib KPM ye.. alhamdulillah selesai juga wpun hujan kan
ReplyDeleteMusim gotong royong sekolah sekarang ye. Ramai parents update pasal gotong royong sekolah. Comel je Awan dan Alan kat banner tu. Manis senyuman. Terserlah kecikguan KakMim sampai orang ingat CIkgu KAFA dah. Dah DNA pun pengajar kan.
ReplyDeleteMuda remaja KakMim pakai baju tema warna tu.
Nama sekolah ni mengingatkan pada filem lama Semerah Padi.
ReplyDeletebagi rajin tu sikit. kakMim pun da mcm cikgu sekolah.
ReplyDeletelawanya warna. jap, 25.8 kita pakai baju warna apa ye? ooo jadi cikgu PJK, pakai treksut dgn sweatshirt.
Wah saya salfok baca nama sekolah nya. Jadi ingat lagi M Nasir, Mentera Semerah padi 😄.
ReplyDeleteMemang tak suka kalo hujan begini, apalagi pagi2. Susah nak beraktifitas. Di sinipun sama kak. Lagi musim hujan. Pelik lah, dah Agustus padahal.
MZ singgah BW ni, best mim dpt selfie setiap hari heheheh
ReplyDeleteOOTD tak lengkap kalau tak singgah depan cermin dulu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!