Menu Malas

Macam lama dah tak cerita masak-masak. Masak je macam biasa tapi itulah ada kalanya mood nak mengambil gambar tu ke laut dalam. Makan je terus, banyak lagi benda nak buat, nak cepat. Hehehe.

Menu malas malam tadi. Weekend tu top up stok barang basah, tengok drumstick ayam besar-besar je. Geram pulak tengok. So beli, sampai rumah terus marinade masuk freezer. Balik kerja semalam just masuk je dalam AF. Sementara tunggu ayam masak, masuk baju dalam washing machine, potong kacang buncis, goreng egg tofu. Ah, syiap!! Tak susah pun. Malas-malas pun janji ada menu untuk dimakan. Yang penting budak-budak 4 orang tu. Saya tak makan tak apa, Encik Suami selalu follow bini dia je.

menu malas makan malam
Drumstick air-fryer, 6 ketul, seketul sorang jadilah.

Sos marinade, sayang nak buang, renih sampai mendidih, letak tepung jagung sikit biar pekat untuk buat cicah drumstick. Alhamdulillah, apa adanya.

Malam tadi hujan di Kuching, sampai ke pagi ni. Dah awal dah gerak dari rumah, tapi hari ni paling lambat, sebab hujan. Kereta banyak, 4 penjuru trafficf light semua panjang berderet je kereta. Nasib baik hujan, pengawas tak tunggu di gate. Tak taulah kalau mereka tunggu di blok pentadbiran or kelas. Nantilah dengar cerita si abang dan kakak, kena tulis nama ke tak.

Tempat korang cuaca ok ke pagi ni?

 

Post a Comment

20 Comments

  1. Menu malas ni lah, yg jadikan makan bertambah dua pinggan.
    Kita siap beli perapan ayam madu tu kakMim, perap siap masuk AF, sayur makan kimchi ja.
    Lagi pemalas bukaaan? hiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang sy guna perencah nasi goreng adabi je cha 😂😂😂 untunglah pandai mkn kimchi.. sy x masuk 😅

      Delete
  2. Ini menu rajin la ni...malas goreng telur mata je Mim..hahaha...cuaca KL panas tapi kat Seremban hujan hari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. kira malas jugak la sbb tgl letak dlm AF je

      Delete
  3. Mudah jer nak masak ayam guna air fryer ek. Rupa pun macam dah kat restoran. Cukup makan seketul sorang, ni, besar² ayamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, paling malas letak je dlm AF.. x perlu setting oven bagai 😅

      Delete
  4. kdg2 linda perap pakai segala sos yang ada dekat rumah je...lepas tu masuk AF juga...hihihi...
    tak perasan bila hujan, tapi bangun pagi, tengok jln tar basah je...

    ReplyDelete
  5. ayam tu nampak menyelerakan sungguh.. ^^

    ReplyDelete
  6. Tu bukan malas...kalo malas dekat kedai jawabnya makan...

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni musim hujan. Hari Sabtu Ahad hujan juga sekejap dan mendung berpanjangan. Isnin dan Selasa hari mendung juga.
    Masak simple pun dah okay, janji perut anak-anak terisi. Kalau kita je memang tak kisah sangat kan.

    ReplyDelete
  8. Jakarta lagi hujan petir beberapa hari ini. Kucing saya ada 1 ekor yg penakut. Tiap hujan dah Mulai, tambah petir pula, langsung lah dia sembunyi di bawah sofa , sampai petirnya berhenti.

    Bagusnya, karena hujan jadi sejuuuk. Tapi tak best nya, kasian suami dan anak2 yg pagi2 dah harus berangkat tapi hujan. Jammed sangat jalanan 😞

    ReplyDelete
  9. Salam kenal kak Min, baru jumpa blog ni, terus follow. Walaupun menu malas tapi nampak sedap.

    ReplyDelete
  10. Baru ni pun Cie masak ayam perap masuk dalam AF. Sambil tunggu ayam masak boleh buat benda lain.

    ReplyDelete
  11. Saya pun masak ayam juga. Konon ayam bakar, tapi masak dalam non stick pot.
    Cantik kejadian ayam kakmim.
    Tempat saya, pagi ni mendung, tapi tak hujan.

    ReplyDelete
  12. Ni bikan menu malas tapi menu sedap😋😋😋

    ReplyDelete
  13. Ini menu rajin kot. Hahaha. Kalau dekat dgn rumah dh tapau sikit

    ReplyDelete
  14. Sedap sangat ni.
    Uishh... kalau begini dikira menu malas... kalau menu rajin tak tau ler cemana gayanya. Mau penuh meja.

    ReplyDelete
  15. Siap juga masak demi anak..tahniah ya

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!