Perbezaan Penggunaan 'Baru' dan 'Baharu' Yang Buat Ramai Keliru


Selalu kita terkeliru kan apa perbezaan di antara perkataan baru dan baharu dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu? Kedua-duanya nampak serupa, tapi sebenarnya mempunyai penggunaan yang berbeza. Dalam artikel kali ini, kita akan rungkaikan perbezaan antara baru dan baharu, supaya anda tidak keliru lagi dalam menulis dan bercakap.


Maksud dan Penggunaan 'Baru'

Perkataan baru digunakan sebagai kata adverba, yang membawa maksud sesuatu yang berlaku sebentar tadi atau belum lama berlaku.

Contoh penggunaan:
  • Saya baru sampai.
  • Mereka baru selesai makan.
  • Dia baru balik dari sekolah.

Maksud dan Penggunaan 'Baharu'

Manakala baharu pula digunakan sebagai kata adjektif, yang membawa maksud sesuatu yang tidak lama wujud atau baru dicipta/dibuat.

Contoh penggunaan:
  • Saya beli kereta baharu minggu lepas.
  • Bangunan baharu itu akan dirasmikan esok.
  • Mereka pindah ke rumah baharu.

Tips Ringkas

Ingat tips mudah ini:
  • Baru = waktu (baru berlaku)
  • Baharu = benda/fizikal (sesuatu yang baru dibuat)

Penggunaan yang betul menunjukkan kepekaan kita terhadap tatabahasa Bahasa Melayu yang standard dan berkualiti.

Kesimpulan

Sekarang anda dah tahu perbezaan baru dan baharu, jangan lupa semak semula penggunaan anda di media sosial, penulisan blog, atau tugasan rasmi. 

Pagi ni wefie dalam kereta sementara tunggu queue keluar roundabout 🤭


Post a Comment

22 Comments

  1. Okey cikgu...dah faham dah penggunaan perkataan Baru dan Baharu tu...

    ReplyDelete
  2. Saya ingat baharu tu baru yang baru. Haha tcer faham tak?

    ReplyDelete
  3. Dulu, macam dah faham cara mana nak guna baru dan baharu, kemudian dah lupa. Terima kasih, Mim, ingatkan semula bagaimana nak bezakan dua perkataan sama maksud ni.

    ReplyDelete
  4. Owh.. Macam tu rupanya.. Terima kasih berkongsi Kak mim..

    ReplyDelete
  5. o begitu pula penggunanan baru dan baharu, baru tahu ..terima kasih kirnya ilmu dapat di blog Kmim

    ReplyDelete
  6. Akak tahu tapi agak jarang guna yang betul iaitu baharu, sebab rasa janggal. Nantilah sikit-sikit cuba gunakan yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita biasakan yg betul, betulkan yg biasa kak.. hihi

      Delete
  7. Biasa guna baru je, baharu tu jarang. Takpe kita betulkan sama² :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasakan yg betul, betulkan yg biasa.. hehe

      Delete
  8. Oooo... barulah uncle faham bila nak guna perkataan baharu...

    ReplyDelete
  9. roundbout ada traffic light ke tu? sempat lagi wefie... hihihi
    terima kasih atas info nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde traf light, tp ada warden trafik yg jaga

      Delete
  10. Terima kasih maklumatnya.
    Barulah kita faham penggunaanya, tapiii bila buat ayat gerenti hilang ingatan.

    ReplyDelete
  11. Ohh baru faham, thanks for sharing Kakmim.

    ReplyDelete
  12. Memang keliru dua ni. Baik, sekarang faham sudah. Terima kasih madam.

    ReplyDelete
  13. Oh ic.... Ini dalam konteks bahasa Malaysia atau Melayu yaa. Tambahan ilmu buat saya. Walaupun dalam BHS Indonesia yg dipakai hanya kata BARU . Either menunjukkan waktu atau kata sifat, tetap kata yg dipakai BARU.

    Saya masih suka belajar bahasa Melayu, sebab saya punya banyak novel Malaysia yg belum selesai saya baca. Dari situ belajar juga bahasa Melayu seperti apa.

    ReplyDelete
  14. Ooo ni ramai juga yang keliru 😅
    Sebenarnya “baru” dan “baharu” tu dua-dua betul, tapi ada beza sikit dalam penggunaan:

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!