Ada Yang Rindu Buah Kristal Ke?

Nampaknya ada yang rindu buah kristal tu. Siapakah gerangannya ya?

Buah kristal RM10

Petang Ahad tu ada jiran setaman promote dalam grup taman, buah kristal seplastik RM10. Saya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk mencita ulam mendatang, terus DM dan booking. Tak lama lepas tu dia pun COD di rumah. Bahagianya! Lama dah tak makan. Agaknya dah musim dah kot.

Cerita pasal menu sarapan, tetiba masuk bab buah kristal pulak ye mamanya Cella.

Buah kristal aedap ke?
Dan kebetulan pagi tadi saya buat bekal untuk kunyap-kunyap 10 pagi. Bagi jiran sebelah meja jugak.

Rasa buah kristal
Sedapnya. Manis, macam buah longan pun ada, kadang-kadang rasa laici, kadang-kadang bau macam durian. Buahnya jenis tak berair, pejal. Isi macam buah rambutan, tapi lebih keras. Warnanya jernih kekuningan. Ah, macam-macamlah. Tapi serius sedap. 

Err, ada yang suka buah kristal tak?


 

Post a Comment

10 Comments

  1. Belum pernah makan lagi, kelihatannya sedap tu sehingga ku menelan airliurku berkali-kali.

    ReplyDelete
  2. Sukaaaa....nak jugakkkkkk........sebak plak hati sebab ini antara buah terakhir permintaan arwah Mak Pah dan akak manage dapatkan beli online...

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah kenal apatah lagi mkn buah ni..nampak mcm menarikkk

    ReplyDelete
  4. pernah rasa tp sebab rasa 1 je terlupa dah rasanya

    ReplyDelete
  5. 🙋🙋🙋🙋
    Auk...
    Mana nak cari ni...kat sini sangat jarang jumpa..
    Tahun lepas ada army open order dabai & kristal ..RM50/500gm Sempat la beli sekali..pastu takda dah

    ReplyDelete
  6. Sedap tapi nak kupas tu sengsara nak kena ketuk pakai penukul. Tak tau ler kot ada cara yang lebih senang.

    ReplyDelete
  7. Ini sama tak yaa dengan buah matoa. Mirip soalnya kak. Matoa pun rasanya mirip dengan longan dan rambutan. Tapi matoa banyak tumbuh di Indonesia timur. Di jakarta susaaaaah nak dapat. Pernah ada yg jual, toko buah premium, harganya masyaallah 🤣🤣. Sellernya bilang, jauuuh kirim dari Papua hahahahah

    ReplyDelete
  8. wah tak pernah rasa. macam longan

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!