Tautan Hati F&F 251025

Throwback seminggu yang lalu. Tarikh cantik, 25 10 25. Tarikh keramat adik lelaki tunggal kami bertukar status bergelar suami orang. Majlis dibuat sehari je, akad nikah pada jam 8.30 pagi dan majlis sanding pada jam 11.00 pagi. Semuanya telah dipermudah, syukur alhamdulillah. 

alia banquet hall, jalan muhibbah
Bunting ni kalau boleh bapak nak letak gambar pengantin, tapi adik taknak. Hehehe. Bapak cakap nanti orang salah majlis tak tau majlis pengantin yang mana. Tapi alhamdulillah, takde yang tersalah majlis.

alia banquet hall, jalan muhibbah
Dari luar Alia Banquet Hall.

Cermin yang menjadi trending zaman sekarang. Ni pun nasib baik terdetik hati nak selfie awal sebelum tetamu ramai. Bila tetamu dah memenuhi hall, memang ke sana ke sinilah menyantuni bersalaman dengan tetamu.

alia banquet hall, jalan muhibbah
Pelamin dan meja akad nikah.

kadar mas kahwin sarawak
Mas kahwin RM120 dan sirih junjung

alia banquet hall, jalan muhibbah
Doorgift dari pihak pengantin lelaki, fridge magnet & marble cake, dari sebelah pengantin perempuan pula set pinggan plastik Ikea (dalam kotak).

alia banquet hall, jalan muhibbah
Majlis akad nikah berlangsung tepat 8.30 pagi, on schedule!! Kami anak-beranak 7 pagi dah terpacak di sini, setting doorgift atas meja tetamu.

Alhamdulillah, usai majlis akad nikah. Tahniah abang & Farah.

alia banquet hall, jalan muhibbah
Pasangan mempelai menuju ke pelaminan. 

Pasangan pengantin dan adik-beradik pengantik lelaki, 4 kakak, adik bongsu perempuan. 


18/18 kehadiran penuh. Semoga cepat-cepat bertambah anak buah baharu. Hihihi.


alia banquet hall, jalan muhibbah
Yours truly sebagai wakil keluarga pengantin lelaki menyampaikan ucapan penghargaan kepada tetamu dan nasihat kepada satu-satunya adik lelaki tunggal kami.

Dan, tak sah kalau majlis kahwin tak ada outdoor photoshoot. Tak sabar nak tunggu gambar dari official photographer.

Disebabkan ni lah blog tak terusik sangat. FM busy buat aturcara tadbir, cari lagu dan sebagainya. Kalau ada yang memerlukan, komen ye, nanti saya share aturcara tadbir. Sharing is caring!!

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. alhamdulillah...selamat semuanya.. tahniah dapat ahli keluarga baru... selamat pengantin baru buat pengantin, semoga bahgia selalu..aamin

    ReplyDelete
  2. Farhan dan Farah...nama pun dah seakan-akan. Semoga tautan kasih ni berpanjangan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah meriah sekali. Tahniah dapat adik ipar perempuan satu-satunya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah utk mempelai dan Kakmim sekeluarga, dapat ahli keluarga baru... Cantik persalinan pengantin, songket kan? Very classy!

    ReplyDelete
  5. cantik sungguh pelamin tu..saya juga terpikat dengan baju kakak pengantin,share beli mana kak min

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat F&F. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga syurga.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....Selamat pengantin baru & tahniah k.mim terima ahli keluarga baru

    ReplyDelete
  8. Tahniah Kakmim sekeluarga, terima ahli keluarga baru! Selamat Pengantin Baru buat adik lelaki kita Farhan & pasangannya Farah. Semoga dikurniakan perkahwinan yang penuh baraqah, sakinah mawaddah wa rahmah 💖💖

    ReplyDelete
  9. tahniah kpd farhan n farah. Barokallah. Semoga bahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  10. tahniah kepada farhan dan farah. tahniah juga kepada seisi keluarga dgn kehadiran orang baru.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dan Tahniah buat Pengantin dan seisi keluarga. Cantiknya kakak2 dan semuanya.

    ReplyDelete
  12. congrats utk psgn pengantin. mcm pinang dibelah dua gitu

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat pasangan Farhan dan Farah.
    Cantik baju KM dan adik². Ada style...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Selamat pengantin baru..dua sajoli cantik manis di hari persandingan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form