Throwback seminggu yang lalu. Tarikh cantik, 25 10 25. Tarikh keramat adik lelaki tunggal kami bertukar status bergelar suami orang. Majlis dibuat sehari je, akad nikah pada jam 8.30 pagi dan majlis sanding pada jam 11.00 pagi. Semuanya telah dipermudah, syukur alhamdulillah.
Bunting ni kalau boleh bapak nak letak gambar pengantin, tapi adik taknak. Hehehe. Bapak cakap nanti orang salah majlis tak tau majlis pengantin yang mana. Tapi alhamdulillah, takde yang tersalah majlis.
Dari luar Alia Banquet Hall.
Cermin yang menjadi trending zaman sekarang. Ni pun nasib baik terdetik hati nak selfie awal sebelum tetamu ramai. Bila tetamu dah memenuhi hall, memang ke sana ke sinilah menyantuni bersalaman dengan tetamu.
Pelamin dan meja akad nikah.
Mas kahwin RM120 dan sirih junjung
Doorgift dari pihak pengantin lelaki, fridge magnet & marble cake, dari sebelah pengantin perempuan pula set pinggan plastik Ikea (dalam kotak).
Majlis akad nikah berlangsung tepat 8.30 pagi, on schedule!! Kami anak-beranak 7 pagi dah terpacak di sini, setting doorgift atas meja tetamu.
Alhamdulillah, usai majlis akad nikah. Tahniah abang & Farah.
Pasangan pengantin dan adik-beradik pengantik lelaki, 4 kakak, adik bongsu perempuan.
18/18 kehadiran penuh. Semoga cepat-cepat bertambah anak buah baharu. Hihihi.
Yours truly sebagai wakil keluarga pengantin lelaki menyampaikan ucapan penghargaan kepada tetamu dan nasihat kepada satu-satunya adik lelaki tunggal kami.
Dan, tak sah kalau majlis kahwin tak ada outdoor photoshoot. Tak sabar nak tunggu gambar dari official photographer.
Disebabkan ni lah blog tak terusik sangat. FM busy buat aturcara tadbir, cari lagu dan sebagainya. Kalau ada yang memerlukan, komen ye, nanti saya share aturcara tadbir. Sharing is caring!!













33 Comments
alhamdulillah...selamat semuanya.. tahniah dapat ahli keluarga baru... selamat pengantin baru buat pengantin, semoga bahgia selalu..aamin
ReplyDeleteTerima kasih linda
DeleteFarhan dan Farah...nama pun dah seakan-akan. Semoga tautan kasih ni berpanjangan hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteMungkin mmg dah jodoh kan ammi
DeleteAlhamdulillah meriah sekali. Tahniah dapat adik ipar perempuan satu-satunya.
ReplyDeleteYa... alhamdulillah.. terima kasih kak
DeleteAlhamdulillah tahniah utk mempelai dan Kakmim sekeluarga, dapat ahli keluarga baru... Cantik persalinan pengantin, songket kan? Very classy!
ReplyDeleteYa PH.. songket.. terima kasih tau
Deletecantik sungguh pelamin tu..saya juga terpikat dengan baju kakak pengantin,share beli mana kak min
ReplyDeleteKenanga je afzan... murah² je.. kalau cantik mmg berbaloi sgt rasa.. hehehe
DeleteTahniah buat F&F. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia hingga syurga.
ReplyDeleteTerima kasih cie
DeleteAlhamdulillah....Selamat pengantin baru & tahniah k.mim terima ahli keluarga baru
ReplyDeleteTerima kasih mak cella
DeleteTahniah Kakmim sekeluarga, terima ahli keluarga baru! Selamat Pengantin Baru buat adik lelaki kita Farhan & pasangannya Farah. Semoga dikurniakan perkahwinan yang penuh baraqah, sakinah mawaddah wa rahmah 💖💖
ReplyDeleteAamin yra... terima kasih mem
Deletetahniah kpd farhan n farah. Barokallah. Semoga bahagia hingga ke Jannah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih teacher
Deletetahniah kepada farhan dan farah. tahniah juga kepada seisi keluarga dgn kehadiran orang baru.
ReplyDeleteTerima kasih cha
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah buat Pengantin dan seisi keluarga. Cantiknya kakak2 dan semuanya.
ReplyDeletemasya allah, alhamdulillah, terima kasih kak
Deletecongrats utk psgn pengantin. mcm pinang dibelah dua gitu
ReplyDeletemasya allah, alhamdulillah, terima kasih MZ
DeleteTahniah buat pasangan Farhan dan Farah.
ReplyDeleteCantik baju KM dan adik². Ada style...
Alhamdulillah, terima kasih kak
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru..dua sajoli cantik manis di hari persandingan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih cikgu
DeleteAlhamdulillah.. selamat dah semuanya..
ReplyDelete"Semoga Allah memberkati perkahwinan diantara Farhan dan Farah serta mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah." Aamiin..
Alhamdulillah, terima kasih sha
DeleteCongrats kaaaaaak Mim. Dah bertambah ahli keluarga baru 👏🎉🎉🎉. Semoga adik lelaki dan istri dikaruniakan rezeki yg berkah, keturunan yg baik dan Sholeh, juga kerukunan dan kebahagiaan setelah menjadi suami istri
ReplyDeleteTerima kasih fanny
DeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!