Gemini Certification for Educators

31 Disember 2025 - Sempat lagi ambik exam Gemini Certification di hari terakhir di tahun 2025. Dari bulan 10 rasanya dah daftar, tapi tak menyempat nak ambik examnya. Alhamdulillah, hari ni setel jugak. Pengiktirafan antarabangsa ni valid untuk 3 tahun. So tahun depan boleh la guna untuk upload di MyPerformance. Tak kira, 2 Januari nanti masuk ofis saya terus upload di bahagian Pencapaian & Sumbangan di MyPerformance tu. HaHaHa.


Yeehaa!! Demi MyPerformance tahun 2026, ku gagahi jugak on pc hari ni. Bila dah on pc ni lain pulak auranya. Otak dah mula berfikir nak setelkan kerja ofis pulak dah. Cukup-cukuplah pakai apron memasak 8 jam sehari sepanjang cuti ni. Minggu depan budak baru dah mula mendaftar, kelas pun bermula lepas tu untuk semester yang baharu pulak. 

Apapun, cuti rehat untuk tahun 2025 secara rasminya tamat hari ni. Esok cuti umum 1 Januari. 2 Januari pulak dah bukak lembaran baru untuk tahun 2026, kita masuk ofis ya.

Psst, ini posting terakhir untuk tahun 2025. Saya berjaya genapkan posting tahun 2025 menjadi 300 entri. Cabarannya bermula sejak 29 Disember hari tu, syukur akhirnya berjaya jugak tercapai.









Post a Comment

4 Comments

  1. Hah? Sehari je cuti? Ingatkan seminggu... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah, kakmim! 👏👏 Certified Gemini Educator tu. Tahniah juga dapat capai target jumlah post di blog.

    ReplyDelete
  3. Tahniah di atas pencapaian sepanjang tahun 2025

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!