Jambatan Bintangor, Kampung Nombor

Sabtu malam 20/12/2025, cuaca okay, tak tau nak ke mana, ronda-ronda di bandaraya Kuching je lah nampaknya. Sebenarnya Encik Suami nak ajak tengok Papazola tapi dah fully booked sampai Ahad. Ahaaa...hambek kau dah mula cuti sekolah, biasalah kena booking awal seminggu kot kalau nak mewayang.

Kami ke Jambatan Bintangor yang baru siap dan dibuka kepada umum beberapa bulan ni. Jambatan ini menghubungkan 'kampung nombor' dengan pusat bandar Kuching. Kiranya short cut jugaklah kalau nak ke Kuching Waterfront.. Semasa pembinaan jambatan ni penduduk kampung yang nak ke area Waterfront terpaksa menggunakan jalan jauh untuk ke situ. Kenapa 'kampung nombor'? Sebab di situ kampung-kampungnya dikenali sebagai Kampung No 1, Kampung No 2, sampailah Kampung No 6. Tapi sebenarnya ada je nama kampung yang panjang. Contohnya Kampung Patingan, Kampung Muda Hashim, haa begitulah. Kalau ada soalan asal kampung mana or tinggal di mana? Kalau jawapannya kampung nombor, ahaaa kena tanya pulak no 1 ke no 2 ke no 5 ke. Macam tu lah, tapi once orang yang biasa, sebut je kampung nombor, area-area situlah kampungnya, area Satok.

Jambatan BIntangor Kampung Nombor
Jambatan Kampung Bintangor

3/4 

Playing tourist walaupun tak ada apa pun kat situ, sajalah nak bergambar-gambar membuang masa.


Sebelum balik menuju ke kereta bergambar lagi, hihihi.







 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahhh Sarawak ada jambatan baharu.. LZ teringat masa ke pasar Satok lokasi lama sebelum pindah, best sebab banyak makanan dan ikan besar-besar. Duduk lepak di Waterfront jalan kaki saja, menginap di Hilton depan waterfront. Kenangan di Sarawak next time mau repeat bawa family pula.

    ReplyDelete
  2. Wah...dah siap yer..
    Adakah ini petanda nak kena pi Kuching lagi?
    🤭

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!