Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026

Selamat kembali ke sekolah anak-anak. Selamat bertugas juga untuk ibu-ibu dan ayah-ayah. Bermulanya perjuangan kita untuk sesi tahun 2026 ya. Macam biasa pagi ni penuh gambar anak-anak sebelum ke sekolah di medsos. Semuanya bersemangat walaupun hujan lebat dan jem di sana sini di bandaraya Kuching. Tapi, saya pulak lupa nak ambik gambar anak-anak 4 orang. Pengawas-pengawas bertugas pagi ni, awal dah cikgu pesan semua pengawas bertugas di pondok untuk menyambut kedatangan adik-adik tahun 1. Seronok la Awan Alan, teruja bertugas di tahun baru.

Ini je la menyempat. Jam 4 dah bangun, biasalah hari Isnin macam tu lah, tapi 4 setengah baru bangkit dari katil dan mula masak. Mula-mula tu syukur jugak sebab hari tak hujan, tapi... tak lama lepas tu hujan pun turun. Hampa betul la.

Jadual untuk batch SK minggu ni, setiap hari guna baju PJ la lepas ni. Jumaat je berbaju uniform sekolah. PdP bermula Isnin depan.

Ini pulak jadual batch SMK, pun sama berbaju PJ atau rumah sukan. Hari Jumaat je berbaju seragam sekolah. Minggu depan, hari Isnin baru start PdP.

Batch SMK perhimpunan pertama tahun 2026 di dewan. Gambar ihsan dari guru kelas Iman. Dulu zaman Ibu masa perhimpunan kami susun kerusi, semua duduk di kerusi. Kelas pun setiap tingkatan ada 4 kelas je (max 25 orang sekelas), tak ramai. Sekarang setiap tingkatan ada 6 kelas (max 30 orang sekelas) so dah ramai, duduk lantai je la anak-anak ye.

Tak sabar tunggu cerita Awan Alan balik sekolah nanti, biasanya batch SK ni lagi banyak update daripada batch SMK. Hehehe.


 

Post a Comment

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!