"Zam.. Zam.."
Sayup-sayup je saya dengar nama Encik Suami dipanggil. Saya jenguk kepala sikit di sebalik pintu. Rupanya jiran sebelah yang panggil Encik Suami.
"Nizam ada tak?", tanyanya.
"Tak ada," jawab saya.
"Nak durian tak? Ada banyak ni," sambungnya lagi.
Dan.. mendapatlah 3 biji buah durian. Si abang yang ambil dari rumah jiran sebelah.
Besar pulak tu. Geram pulak tengok.
Nak tunggu Encik Suami balik dari melawat rumah keluarga orang meninggal mesti lambat lagi. Saya berusaha bukak durian sendiri. Bila kelibat suami tak ada, semuanya boleh. Begitulah ye. Kalau suami ada, buat-buatlah tak reti.
Akhirnya berjaya jugak bukak, separuh lagi biar je dulu. Bukak separuh, tapi makan 3 ulas je. Selebihnya simpan masuk tipuware. Alhamdulillah sedap isinya, lunak, lemak berkrim. Terima kasih jiran berkongsi rezeki.
.png)



17 Comments
Kihkih.. tiba² boleh buat semua benda ya bila incik suami tak ada.
ReplyDeleteCukup ke tu 3 ulas je😆
Biasalah tu kak, kena simpan kuku.. haha... minyak pun x reti beli kononnya, dpt kalau low sgt kena jugak beli sendiri
Deletealhamdulillah..rezeki jgn ditolak kan
ReplyDeleteBegitulah.. org memberi, kita merasa
Deletesedapnya derian. bau sampai ke sini ni. hehhee
ReplyDeleteTgh musim skrg ni.. hehe
DeleteHari tu singgah rumah kakak kat melaka dia bukak durian musang king. Katanya kat melaka murah. Alhamdulillah banyak juga melahap. hahahahaha
ReplyDeleteWah, hantu durian rupanya ye kak..hihi
DeleteAlhamdulillah rezeki..Ammar baru je tny smlm bila lg kami nk bwk dia gi mkn durian =D
ReplyDeleteKat sini byknya durian local/kampung je.. yg musang king apa semua ada juga tp x byk tempat jual
Deletewahhh ni namanya rezeki terpijak. dapat durian lagi.. durian runtuh mungkin.. semoga semakin melimpah rezeki kakmin dan jiran yang memberi tu.
ReplyDeletewah...sedapnya...saya pun mendapat rezeki durian juga tempoh hari
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki..
ReplyDeleteBesar duriannya..
Alhamdulillah rezeki. Sedap durian kampung.
ReplyDeletebukan sebiji, tapi 3! semoga murah rezeki jiran tu.
ReplyDeleteelok2 semua isinya
Omg sedapnya kaaaak 😍😍😍😍. Jadi teringin makan durian pula saya ,. Lagi musim di sini
ReplyDeleteCantik duriannya, semoga murah rezeki jiran
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!