Misi Ayam Gepuk Tercapai

Risau.. risau.. dari semalam tak boleh nak add gambar bila nak update blog guna phone. Besok dah la nak travelling, kang tak dapat nak update blog, mau seminggu blog tak berupdate.

Hari ni sedaya-upaya try jugak carik setting mana yang membuatkan limited access kepada photo di gallery ni. Akhirnya, berjaya juga diselesaikan. Baru lega rasa hati.

Ini kisah semalam. Misi mencari ayam gepuk akhirnya tercapai. Dari hari Khamis nak makan ayam gepuk, ada saja halangannya. Ada dah sampai kedai, ayamnya habis lah. Ada kedai tak ada menu ayam gepuklah. Semalam nekad kami ke Orked Cafe di Metrocity seawal mungkin, bukan apa pernah ke sini time lunch ayamnya habis, pernah jugak kedai penuh tak ada seat.

Tapi semalam kami sampai sebelum jam 12 tengah hari lagi. Selepas hantar Alan tusyen, kami berlima terus ke Orked untuk misi ayam gepuk. Alhamdulillah, kami customer ke-2. Order pun cepat je sampai.

Ayam gepuk yang diidam-idamkan Iman. Sampai je order depan mata semua fokus makan. Awan yang baru balik tusyen memang mengadu kelaparan, macam tak bekfes pulak sebelum pergi tusyen. Penangan selepas bersunat, asyik lapar je katanya.

Makan berlima tanpa si bongsu. Setel makan, ayahnya ambik Alan dan order lagi umtuk Alan. Kami buat kedai ni macam saudara kami pulak yang punya. Hahaha.






 

Post a Comment

0 Comments