Risau.. risau.. dari semalam tak boleh nak add gambar bila nak update blog guna phone. Besok dah la nak travelling, kang tak dapat nak update blog, mau seminggu blog tak berupdate.
Hari ni sedaya-upaya try jugak carik setting mana yang membuatkan limited access kepada photo di gallery ni. Akhirnya, berjaya juga diselesaikan. Baru lega rasa hati.
Ini kisah semalam. Misi mencari ayam gepuk akhirnya tercapai. Dari hari Khamis nak makan ayam gepuk, ada saja halangannya. Ada dah sampai kedai, ayamnya habis lah. Ada kedai tak ada menu ayam gepuklah. Semalam nekad kami ke Orked Cafe di Metrocity seawal mungkin, bukan apa pernah ke sini time lunch ayamnya habis, pernah jugak kedai penuh tak ada seat.
Tapi semalam kami sampai sebelum jam 12 tengah hari lagi. Selepas hantar Alan tusyen, kami berlima terus ke Orked untuk misi ayam gepuk. Alhamdulillah, kami customer ke-2. Order pun cepat je sampai.
Ayam gepuk yang diidam-idamkan Iman. Sampai je order depan mata semua fokus makan. Awan yang baru balik tusyen memang mengadu kelaparan, macam tak bekfes pulak sebelum pergi tusyen. Penangan selepas bersunat, asyik lapar je katanya.
Makan berlima tanpa si bongsu. Setel makan, ayahnya ambik Alan dan order lagi umtuk Alan. Kami buat kedai ni macam saudara kami pulak yang punya. Hahaha.


12 Comments
Alhamdulillah tercapai hajatnya :)
ReplyDeleteSafe journey kakmim
Tq PH
DeleteDaun ulam raja tu ye dalam pinggan?
ReplyDeleteYa.. ulam raja
DeleteAlhamdulillah.. nampak sedap .
ReplyDeleteKak SA taubat nak amkan ayam gepuk..x tahan pedasnya...very mild n pun cukup pedas untuk kami...3 minggu cirit birit lepas makan ayam gepuk tu..
ReplyDeletekita suka ayam gepuk... sedapnya. makan pula dengan kobis goreng
ReplyDeleteayam gepuk memang sedap! kat cafe uia ni, memang antara yg paling laris la menu ni
ReplyDeleteAda sign kontrak la tu kat kedai ayam gepuk tu, Mim. Hihihi. Mesti puas hati akhirnya Kak Iman dapat makan ayam gepuk.
ReplyDeleteSaya setiap bulan mesti makan Ayam Gepuk, Ayam penyet. Tekak 'indonesia' sangat.
ReplyDeleteExtra sedap nampak ayam gepuk ni lagi-lagi KSarie belum makan tengahari😅Salam perkenalan daripada dinohauz ye😊
ReplyDeleteSambalnya beda yaaa, merah nya menyala. Ini sambal tomat kah kak? Pedas? Saya nih kalau ayam geprek, gepuk atau penyet, yg di rasa sambal dulu. Kalau pedas, baru suka 🤣
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!