Kisah balik kerja petang semalam. Meratah durian bersama Awan. Nikmatnya. Ajak yang lain semuanya tak layan. Si anak no 3 ni je lah suka layan ibu makan-makan.
Sebelum dan selepas, isi yang tak kuning tu sebenarnya lagi sedap daripada isi kuning tu.
Nasib baiklah ada durian frozen ni. Tengah hari lagi dah rasa nak makan, so balik tengah hari tu keluarkanlah dari freezer. Bila balik kerja petang, tinggal nak makan je. Bijak tak? 😂
Durian ni durian awal tahun hari tu, kebetulan yang masa jiran sebelah bagi durian tu, Encik Suami balik rumah dari melawat saudara meninggal pun bawa durian jugak. Jadi makin banyaklah durian sampai tak termakan. Saya bagitau Encik Suami bukak je lah semua durian tu, nanti boleh simpan di freezer. Ada sedikit yang tak berapa nak A kita buat la tempoyak, simpan dalam peti ais jugak. Setel!
Ada sedikit baki lagi semalam, nantilah bila rasa nak makan, kita makanlah lagi, tak gitu. Musim durian banyak, isi pun A+ dan super murah sekarang, time ni lah kita buat stok untuk 2-3 bulan akan datang. Yeehaa!!
2 Comments
Linda pun dok terbayang nak beli durian, tapi tunggu la balik wekeend...berebut makan dengan anak2 lagi best...hihihi
ReplyDeleteFreezer tu simpan bau durian tak? Berapa lama bau tu tersimpan?
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!