Nasib Ada Durian Frozen!

Kisah balik kerja petang semalam. Meratah durian bersama Awan. Nikmatnya. Ajak yang lain semuanya tak layan. Si anak no 3 ni je lah suka layan ibu makan-makan.


Sebelum dan selepas, isi yang tak kuning tu sebenarnya lagi sedap daripada isi kuning tu.


Nasib baiklah ada durian frozen ni. Tengah hari lagi dah rasa nak makan, so balik tengah hari tu keluarkanlah dari freezer. Bila balik kerja petang, tinggal nak makan je. Bijak tak? 😂

Durian ni durian awal tahun hari tu, kebetulan yang masa jiran sebelah bagi durian tu, Encik Suami balik rumah dari melawat saudara meninggal pun bawa durian jugak. Jadi makin banyaklah durian sampai tak termakan. Saya bagitau Encik Suami bukak je lah semua durian tu, nanti boleh simpan di freezer. Ada sedikit yang tak berapa nak A kita buat la tempoyak, simpan dalam peti ais jugak. Setel! 

Ada sedikit baki lagi semalam, nantilah bila rasa nak makan, kita makanlah lagi, tak gitu. Musim durian banyak, isi pun A+ dan super murah sekarang, time ni lah kita buat stok untuk 2-3 bulan akan datang. Yeehaa!!

Post a Comment

20 Comments

  1. Linda pun dok terbayang nak beli durian, tapi tunggu la balik wekeend...berebut makan dengan anak2 lagi best...hihihi

    ReplyDelete
  2. Freezer tu simpan bau durian tak? Berapa lama bau tu tersimpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak uncle, huhu.. nk simpan lama terpaksa jugak la mengadap.. nasib baik ada 1 lg freezer

      Delete
  3. Tak pernah simpan freezer sebab terus habis makan. Hihi. Kakak Cie suka simpan freezer. Bila adik beradik bila dia keluarkan la. Tak menjadi durian tahun ni di kampung makan dek monyet je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jugak la simpan sbb bau, tp hari tu dh terbanyak terpaksa jugak la simpan

      Delete
  4. Sedapnya durian! Favourite ever. Dulu atas rumah Cuya ada kebun, tapi sekarang monyet ajer ler makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, best tu... dh x berbuah lg ke pokok tu skrg cuya?

      Delete
  5. I mmg suka mkn durian terus dr freezer, rasa mcm aiskrim. Lg2 kalau musang king, bertambah2 sedap dimkn ketika sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? terus terliur imagine mkn durian ada ais²

      Delete
  6. Buat masa ni kat rumah akak dilarang beli and makan durian..PZtu akak risau kalau gula naik tinggi, suami plak ada daeah tinggi...seulas pun kak SA x bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bahaya mkn seulas mmg boleh shoot tgi gula... akak pun terpaksa lah bersabar ye

      Delete
  7. sedapnya durian! saya fussy eater lah utk durian hahah ie hanya mkn yg fresh baru gugur/warna kuning isi pejal cthnya musang king

    ReplyDelete
    Replies
    1. high taste sgt ni MZ... hihi.. kalau di sini mmg byk durian local je, yg kacuk² tu ada pun org jual tp x byk

      Delete
  8. sarawak pun banyak durian ye sekarang kakmim?ingatkan semenanjung je durian berbuah luar musim

    ReplyDelete
  9. Suka suka durian tapi kena pada-pada almaklumlah dah berusia. Makan sekadar merasa kalau melantak tanggunglah sendiri

    ReplyDelete
  10. ayah saya selalu buat camni. kupas semua siap2 masuk freezer. nak makan nanti keluarkan je

    ReplyDelete
  11. bila dibekukan, tahan berbulan-bulan..anak2 yg lain x gemar ya durian..hehe..

    ReplyDelete
  12. Bagus nya cuma 1 anak yg suka ya kak, berkurang saingan hahahahahah. Kalau di rumah saya, memanglah kami semua hantu durian 🤣🤣. Jadi dah pasti rebutan kalau ada durian begini 😂. Padahal dulu berharap anak2 tak suka hahahah

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!