Selain ikan patin, sambal hitam pun signature negeri Pahang kan? Dulu saya kenal sambal hitam ni pun dari member yang asal Pahang. Masa tu tengah sarat mengandung, member baru balik kampung, dia bawakkan sambal hitam sebotol. Saya bawak masuk bilik, duduk bawah meja terus ratah sorang-sorang! Tak sempat bawa balik rumah, separuh botol dah selamat diratah begitu sahaja di ofis. 🤪 kenangan sungguh perkenalan dengan sambal hitam ni.
Sejak dari tu terus jadi favourite. Buat stok hari raya, sebab masa raya muak makan kari rendang laksa semua, haa makan nasik panas-panas dengan sambal hitam je.
Tahun lepas pernah beli dengan ahli BAKAT TUDM kat sini masa buat taklimat di kem, hampa. Tak berapa sedap sambal hitamnya. Rasa bawang lebih. Tak pernah pulak makan sambal hitam rasa bawangnya terlalu kuat. Tak habis pun sebotol. #theIMANs pun tak nak makan sebab tak pedas katanya. Selalu yang beli di Shopee memang pedas, yang tu mereka suka.
Sambal hitam ni pula Puan Siti cari di market place FB je, lepas tu dia mintak seller tu COD di kolej. Rupanya adik tu dari Jengka. Saya tak taulah Jengka tu dekat ke jauh, tapi dah namanya bukan Temerloh, saya agak jauh la. Hehehe. Tapi saya tanya jugak la. Jauh ke Jengka dik? Dalam 30 minit katanya. Takdelah jauh sangat kan? Hehehe.
Tapi, macam review di FB, memang sambal hitam ni pedas. Tak tipu. Puas hati, nanti boleh repeat beli di Tiktoknya.
Daging masak opor dan pes sambal bakar tak pernah try lagi. Yang ni ex-pensyarah kami di Sarawak dulu yang bagi untuk ole-ole katanya. Nanti lah kita try ya.
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!