SpotMe Pertama di Tahun 2026


Assalamualaikum semua!! Salam hari Jumaat. Kuching masih lagi hujan pagi ni dan dijangka King Tide (air pasang) paling tinggi pada 4 Januari nanti. Kerajaan negeri dah bagi warning dah banjir akan melanda di tempat-tempat rendah dan di sekitar Sungai Sarawak sekiranya hujan lebat berterusan tanpa henti. 

Malas Nak Masuk Kerja

Kalau ikutkan hujan yang lebat pagi ni memang malas je nak ke ofis. Er, hari ni saya dah masuk ofis ya. Mulanya ingat nak cuti tapi bila fikir-fikir balik malas pulak. Hari Jumaat je kot, tengah hari nanti boleh je balik rumah. Tapi malam tadi sempat jugak bukak HRMIS Mobile nak check cuti. Manalah tau hari tu ada mohon cuti hari ni (2 Janari 2026).


hrmis mobile
Bila dah bukak HRMIS, takde maklumat lagi. Sayang pulak tengok cuti masih banyak begini. So malam tadi memang dah prepare mental dah pagi ni kena masuk ofis. Macam biasa kenalah prepare breakfast untuk #theIMANs di rumah, sekali lah untuk Ayah Ibu yang pergi kerja.

Ulasan di Spot-Me

Dah sampai ofis, perkara pertama kena buat sebelum terlupa ialah buat ulasan di Spot Me. Banyak hari bercuti maka banyak hari la nak kena ulas kan. Nanti nama naik pulak, dicop ponteng tak daftar masuk ofis.

spotme

Sebab dah bercuti dari 26-31 Disember 2025, maka setiap hari la kena bagi ulasan. Ada yang cuti rehat, ada yang lain-lain cuti (cuti gantian). Dah selesai semua, submit boss, baru la senang hati. Boleh la start kerja dengan gembira. Tapi sebelum tu, kita minum dulu!!

Err, korang bekfes apa pagi ni??

 

Post a Comment

14 Comments

  1. Cuti pun kena bagi ulasan kat boss ke. Akak kalau cuti takdenya nak ingat opis. Memang lepak sungguh bila cuti. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bagi ulasan cuti rehat ke gantian ke cuti sakit ke... sy hari ni x cuti dh kak.. hehehe

      Delete
  2. Kita belum breakfast. Banyaknya cuti Mim. Best tu kalau diluluskan jika ambil cuti panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang nk ambil cuti panjang kak... nnt anxiety lama sgt cuti.. hihihi

      Delete
  3. Wowww byk cuti awak ye hehehe... hari pertama bekerja di tahun baru..semoga rajin² slalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk carry forward dr thn 2025 tu kakret

      Delete
  4. 37 hari tu cuti tahun 2025 ke cuti tahun 2026??

    ReplyDelete
  5. Kitanya pernah guna sekejap ja Spot Me ini.. Sekarang pakai thumb print..

    ReplyDelete
  6. Kami guna ehadir. Memang kena tick alasan kalau ada hari yang takde scan face. Tick CR ke MC ke gitu la kan. Sama jela dengan ehadir.

    ReplyDelete
  7. Kena bagi ulasan ke alasan tu hehe... Selamat kembali bekerja kakmim

    ReplyDelete
  8. wow banyak cuti! tahun ni kena all out habiskan semua ni

    ReplyDelete
  9. Oh carry forward ya kak. Tempat kerja suami saya, CIMB tak boleh pula cuti carried forward 🤣. Hangus lah kalau tak dipakai 😄😄. Makanya saya yg atur cuti suami, supaya bisa traveling lama utk bulan tertentu.

    ReplyDelete
  10. Tudiaaaa...banyaknya cuti..boleh carry forward ke x tu kalau x habis?

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!