Semalam 12 Februari 2026 birthday anak kedua Ayah Ibu yang ke-14 tahun. Happy birthday Abang!! Abang lahir tahun 2012, di mana time ni orang sibuk dengan tahun naga. Dan kebetulan tarikh lahir Abang pun cantik, 12.02.12. Ingat lagi, time tu memang plan nak ambik cuti bersalin seminggu awal sebab dulu tempat kerja ke rumah agak jauh, dah tak larat nak drive jauh-jauh. Tetiba Abang keluar seminggu lebih awal, dan maternity leave terus bermula. Hihi.
Soalan yang kerap kali ditanya, dah mimpi ke belum bang? Hahaha. Kemudia ada satu lagi soalan yang juga kerap ditanya, ada tak perempuan suka kat abang? Hahaha. Mak nya pun kan? Saja je nak mengusik orang bujang.
Pose wajib adik-beradik #theIMANs, Alan baru perasan dia sorang warna lain, lepas tu merajuk. Nasib baik berjaya dielakkan dari berpanjangan.
Collect point Secret Recipe lagi. Ke sini pun sebab birthday boy nak kek red velvet. Nasib beli 2 slices je, itu pun tak habis jugak, tapau jugak balik rumah. Semua dah kekenyangan katanya. Alhamdulillah. Akhir kata..
Selamat hari lahir buat anak lelaki sulung Ayah Ibu yang kini genap 14 tahun. Alhamdulillah, semakin hari semakin membesar, semoga Abang semakin matang dan semakin tinggi cita-cita. Umur 14 tahun ini bukan sekadar bertambah angka, tetapi permulaan fasa remaja yang penuh cabaran, pembelajaran dan impian.
Ayah Ibu doakan semoga Abang:
- Menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia
- Cemerlang dalam pelajaran dan bijak mengurus masa
- Kuat menghadapi ujian dan tidak mudah putus asa
- Sentiasa menghormati guru serta menyayangi keluarga
Ingatlah, kejayaan bukan datang dengan mudah. Usaha, disiplin dan doa adalah kunci utama. Jadilah lelaki yang berprinsip, bertanggungjawab dan berani mempertahankan perkara yang benar.
Walau setinggi mana nanti melangkah, rumah ini tetap tempat kembali. Ayah Ibu sentiasa ada untuk menyokong dan mendoakan semua anak-anak Ayah Ibu.
Selamat ulang tahun ke-14, Irfan Mustaqim. Teruskan melangkah dengan yakin dan tawakal.
4 Comments
Happy birthday Irfan....
ReplyDeleteSelamat ulang tahun abang irfan. Semuga menjadi lelaki yang hensem. opssss
ReplyDeleteHappy birthday buat anakanda Mim - Irfan 💐
ReplyDeleteMoga makbul doa Ayah dan Ibu buat Irfan.
selamat hari lahir abang Irfan... sebaya dengan abang Mu'az..sama lah, linda pun selalu tanya juga soalan tu...tapi, mak pun malu2 kucing nak tanya.. hahaha
ReplyDeletesemoga apa yang kak Mim doakan, diperkenankan..aamin
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!