Kek batik klasik, sebelum tidur malam tadi kita buat dia. Bangun tidur pagi ni kita kasi potong dia. Hahaha.
Potong potong dan simpan random macam ni. Kalau susun susun macam yang beli dari orang pulak.
Dah lama tak buat kek batik, bertahun rasanya. Baru ni la buat lagi. Minggu lepas la, Awan beli yang jual di kedai tepi jalan tu, ya ampun walaupun dah cantik packaging tapi rupanya.. sedihhh. Ayahnya pun kalau nak beli pun, tengok jugakla rupa paras kuih yang dijual tu. Sebab tu lah saya terus beli biskut roti marie dan milo. Tapi malam tadi baru terbuat. Alan je ada tolong patah-patahkan biskut roti marie.
Korang suka kek batik klasik macam ni ke kek batik zaman sekarang?

2 Comments
Dah lama tak makan kek batik klasik. Sekarang banyak yang indulgent, coklat atas. Auw.. manis. Kita suka yang klasik lagi. Rajin Kakmim buat sendiri.
ReplyDeleteyang penting sedap.....rupa masuk ke kategori kedua.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!