Hari ni saya cuti rehat tau. Encik Suami travelling urusan rasmi so sayalah kena handle semua. Begitulah, dulu saya travelling Encik Suami pun ambik cuti. Takdelah risau nak keluar ofis lama-lama, baik cuti je terus.
Layan Tiktok Live
Tau tak saya buat apa sorang-sorang kat rumah? Plannya nak mengemas rumah tapi terlayan tiktok live gais! 🤪 banyak jugak lah saya dah add to cart, tinggal nak confirmkan saiz dulu baru nak proceed.
Hari Sabtu lepas sebelum balik rumah singgah dulu ke rumah baru, nak tengok progress. Wah, kitchen cabinet dah naik la!! Sebab tu la bila scroll tiktok layan live barang-barang deco rumah. Yang syoknya barang-barang kat dapur lebih menggoda. Betullah eh, memang dapur ni syurga bagi wanita. Impian di hati nak je dapur yang luas, customised semua cabinet dengan gajet-gajet dapur tapi apakan daya, mampu berangan je lah. Ukur baju di badan sendiri.
Kitchen Cabinet Hampir Siap Pasang
Minggu ni mungkin dapur dan kitchen hood pula akan naik. Er, paip pun belum ada lagi, yang ada sinki je. Sabarrr.. sikit je lagi.
Alas kaki matching-matching dengan kaler peti sejuk nanti.
Ralit tengok semua rak di showcase. Simpan dulu sini nanti decide nak beli yang mana.
Ni plan untuk letak di bahagian wet kichen/laundry area nanti. Tapi nak kena ukur dulu lah, risau nak simpan oven kat mana nanti.
Add To Cart Dulu Supaya Tak Rasa Bersalah
Siapa nak cuci-cuci mata, boleh tengok di showcase Kak Dhya ni. Lawa la dapur dia. Semua benda yang dia jual ada. Hihi. Ni link tiktoknya:
Check out Dhya Ay's showcase on TikTok! https://vt.tiktok.com/ZSmJr1Eg5/?page=TikTokShop




4 Comments
dapur kita dah penuh...dan selalunya, kita request je kat husband nak ini nak itu...selalunya dia yang akan beli rak2 nya.. hahaha... sebab isteri ni malas nak ukur, malas nak melayan satu..
ReplyDeleteWaa... impian setiap wanita juga nie kak ada kabinet dapur di rumah sendiri... Syoklah mendeko nanti kan...
ReplyDeleteI feel u sis...=D
ReplyDeleteNampak kemas dan menarik
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!