Tahun lepas lagi dah beli dapur ni, ingat lagi masa tu bulan 8, promosi Merdeka kononnya. Lepas tu tahun 2026 jugak baru ambik dari kedai. Bayar dan simpan kedai dulu sebab rumah tak siap reno lagi. Nasib la adik promoter pun dah jadi kawan. Senang je nak mintak tolong. Hihi.
Rumah baru almost done. Insya Allah boleh la masak untuk hari raya di rumah baru. Sedih la jugak environment rumah lama, dengan jiran-jiran yang suka buat collection untuk tembak bunga api berdas-das di malam raya. Tapi, bukan jauh pun, kalau rindu, pergi lah rumah lama lagi kan?
Soalan mak masa bagitau dah beli dapur gas dulu, "beli dapur yang macam mana? Yang 'main letak' tu ke?" Mulanya saya tak dapat tangkap dapur apa yang main letak tu, rupanya dapur yang jenis induction hob tu. Tak pernah terlintas di fikiran nak beli jenis yang tu, sebab saya lebih suka yang tradisional. Kalau pakai yang induction tu saya rasa macam main-main je masak, hehehe. Boleh pulak gitu ek. Kalau saya sejenis yang masak tak heavy boleh la kot, tapi tu lah memang tak pernah teringin lagi ada dapur gas yang macam tu.

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!