Raya ke-8 dah, tapi masih lagi mode raya. Malam tadi jam 12 tengah malam baru balik rumah. Paling lambat dalam sejarah hari raya 2026. Tapi tak ke mana pun, berziarah di rumah jiran-jiran rumah mak je. Walaupun kawasan perumahan tapi kami dah macam saudara-mara jugak dah, dari kecik kan dah duduk sama di situ. Anak-anak jiran semua membesar depan mata. Begitu jugak dengan #theIMANs. Dari baby sampailah remaja sekarang, membesar bersama anak-anak jiran.
Tahun ni memang takde homemade kek langsung. Semua main tunjuk-tunjuk je. Beli la beberapa loaf cukup-cukup untuk seminggu raya. Sekarang tinggal 1 loaf je lagi kek lapis premium. Kira ngam-ngam la estimate. Lepas ni kalau nak bukak rumah boleh beli lagi.
First batch hari tu kek lain, ni second batch kek lain pulak, yang sama kek lapis Cadbury je la sebab kek tu beli setengah acuan.
Biskut pun tunjuk-tunjuk je. Rindu zaman PKP semua buat sendiri.
Cornflakes honey je la buat sendiri.
Simple-simple aje.
Frame pun tak sempat nak drill di dinding. Main letak je la dulu. Apa adanya.
Besok dah sekolah. Kembali ke rutin. Masih tak dapat nak move on. Rindu nak balik ke bulan Ramadhan lagi. Rindu rumah lama jugak.





2 Comments
Serawak mesti penuh dengan kek lapis time raya kan.
ReplyDeleteSedapnya kek lapis. Menu kek jarang juga ada sekarang. Biasanya biskut raya je.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!